,
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

Asyikin Mayudin
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.

Puji Syafiq Kyle

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Aaron berkata dia dapat lebih mengenali diri Syafiq ketika mereka melakukan sesi latihan untuk filem aksi heist itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 4 Rompakan Besar Berprofil Tinggi Yang Masih Belum Dapat Diselesaikan

ARTIKEL BERKAITAN: Zhafvlog Bergaduh Dengan Netizen Gara-Gara Filem The Experts?

“Bagi saya, ia satu gabungan yang sesuai… masa sesi latihan pun saya dapat mengenali dia lebih lagi. Dia pun seorang yang baik dan saya memang nampak banyak potensi pada diri dia.

“Dia juga sangat menghormati orang dan juga profesional. Dia bukan pelakon baharu tapi dia ada banyak potensi, dari segi kerja dan pesonaliti dia pun sangat bagus.

“Saya sangat suka cara dia bawa diri dari segi media sosial, dia sentiasa menjaga percakapannya,” kata Aaron kepada Gempak.

Watak Sebagai Farid

Dalam pada itu, Aaron turut berkongsi mengenai wataknya sebagai Farid yang merupakan abang sulung kepada empat adik yang dilakonkan oleh Remy Ishak, Ray Dapdap, Mimi Lana dan Syafiq Kyle.
Menurut Aaron, dia perlu memastikan karakternya tidak dibayangi oleh watak Malik dalam filem KL Gangster dan Tony menerusi Sheriff: Narko Integriti.

“Kelakar abang-abang macam itu, sebab watak Farid ini tak banyak senyum, simpan dalam sebab sebagai anak sulung kena banyak mengalah dan perlu memikirkan tentang adik-adiknya.

“Selalu orang akan fikir watak sebagai abang long ini mesti gangster dan banyak aksi lawan tapi untuk Farid tidak. Sebab dalam filem ini, kasih sayang seorang abang itu dalam 70 peratus dan lain itu lebih kepada aksi.
“Sebab itu saya kena pastikan ala-ala ‘Malik’ dan ‘Tony’ tak terkeluar,” ujarnya.
The Experts diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.
The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.
Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Penonton Sanggup Habiskan 8 Jam Demi The Experts! - “Sangat Berbaloi, Pertama Kali Tonton Filem Melayu Hebat!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan Peminat Hadir Memeriahkan Jelajah Filem The Experts Yang Diadakan Di Johor & Melaka Baru-Baru Ini

ARTIKEL BERKAITAN: The Experts Raih RM10 Juta! Jadi Pilihan Ramai Di Pawagam

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan Peminat Hadiri Jelajah The Experts, 7 Pawagam Di Johor & Melaka Gamat Dengan Sokongan Penonton!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Teruja Nak Kembali Jadi ‘Duyung’, Maya Karin Akui Bukan Mudah Nak Bawa Watak Ikonik - “Orang Luar Tak Nampak, Mereka Hanya Melihat…”

gempak
05/09/2024
21:55 MYT
Bakal kembali menjadi duyung selepas 16 tahun, pelakon Maya Karin meluahkan rasa teruja untuk menjalani penggambaran filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ pada 13 September depan.
Hiburan

Saiful Apek Dedah Detik Cemas Maya Karin Hampir Lemas, Mata Masuk Air Laut & Klip Rambut Pula Tersangkut Pada Jaring - “Saya Yakin Insiden Itu…”

gempak
04/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak Saiful Apek mendedahkan aktres Maya Karin hampir lemas ketika melakukan babak dalam air sewaktu penggambaran filem Duyung pada 16 tahun lalu.
Hiburan

Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”

gempak
03/09/2024
23:55 MYT
Bakal memegang watak duyung dalam filem sekuel ‘Duyung: Lagenda Aurora’, pelakon Anna Jobling berkata dia sudah meletakkan kepercayaan kepada pihak produksi dalam soal pakaiannya.
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.