,
Laman Utama

Digandingkan Bersama Bekas Suami, Elly Arifin Bersikap Profesional – “ Kami Tiada Isu, Ini Soal Kerja"

Shahrin Zulkifle
14/07/2022
14:00 MYT
Pelakon dan pengacara, Elly Arifin, berasa hairan apabila wujud tanggapan beberapa pihak yang mendakwa dia dan bekas suaminya, pelawak, Jiggy Masin, tidak berbaik.
Menurut pemilik nama asal Nurul Elyana Kamalul Arifin,33, walaupun dia dan Jiggy sudah tidak bersama namun hubungannya dengan bekas suami masih baik malah tidak pernah ada sebarang masalah untuk berkerjasama dalam apa jua tawaran kerja.
“Kami tak pernah ada isu tak boleh bekerjasama. Jadi saya tak faham dan pelik kenapa sebelum ini ramai yang ingat kami gaduh, walhal tidak, meskipun sudah tidak bersama lagi.
“Kalau nak tahu, ada juga di ketika waktu lapang kami lepak bersama dengan kawan-kawan lain.
“Cuma mungkin sebab kami tak muat naik di media sosial, maka orang ingat kami gaduh. Ada saja program televisyen yang takut nak ambil kami berdua untuk bekerja sekali disebabkan tanggapan salah itu,” kata Elly.
Elly ditemui ketika sidang media Muzikal Lawak Superstar 3 yang bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, semalam.
Tambah Elly, sebagai bukti hubungan dia dan bekas suami masih baik, mereka berdua telah bersetuju untuk digandingkan sebagai pengacara bersama dalam program Muzikal Lawak Superstar 3 Live Plus yang akan bersiaran pada 22 Julai ini.
“Ya, saya harap menerusi program itu, ia dapat membuka mata banyak pihak dan netizen bahawa kami berdua memang tak ada masalah kalau nak bekerjasama.
“Jika pada masa hadapan ada tawaran lain seperti berlakon dan sebagainya untuk kami bergandingan bersama pun, kami tiada isu. Ini kan soal kerja, jadi kami sangat profesional.
“Terus-terang, saya dengan Jiggy dalam fasa yang selesa untuk berkawan dan untuk ada perasaan lebih daripada itu, rasanya itu semua terletak pada ketentuan takdir. Kita serah saja pada Tuhan,” katanya. Untuk rekod, Elly dan Jiggy telah disatukan sebagai suami isteri pada 9 September 2016. Namun usia perkahwinan mereka cuma bertahan selama lima tahun sahaja sebelum masing-masing membuat keputusan berpisah secara baik pada Januari 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar