,
Laman Utama

Diet Selama 30 Hari, Haqiem Rusli Amal Pemakanan Sihat - "Nanti Bila Buat Badan Senang Nak 'Fit' ..."

Zulaikha Yusof
22/01/2021
06:45 MYT
Penyanyi Haqiem Rusli, 23, mendedahkan dia kini mengamalkan diet dengan mengambil pemakanan sihat selama 30 hari.
Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, dia tidak akan makan makanan segera dalam tempoh tersebut.
"Bermula lah esok diet selama 30 hari dengan pemakanan yang sihat. No more cookies, coklat dan makanan-makanan fast food, sebab saya amek pek sebulan makanan sihat," tulisnya di laman Twitter.
Tambah pelantun lagu Adlina Marie, dia hanya ingin mengurangkan pengambilan gula, karbohidrat dan minyak dalam pemakanan.
Malah, dalam masa sama dia ingin melatih diri untuk mengamalkan cara hidup yang sihat demi kesihatan dirinya.
"Saya sebenarnya bukan diet sangat, saya cuma cut sugar, karbohidrat, minyak dan nak gain muscle. Jadi nanti bila buat badan senang nak fit sebab lemak-lemak dah takda.
"Dan lagi satu sebenarnya saya latih diri saya untuk bersenam dan makan pemakanan yang sihat untuk kebaikan kesihatan badan saya juga," tulisnya lagi.
Tindakan Haqiem untuk mengubah corak pemakanan telah mendapat sambutan positif dalam kalangan peminatnya.
Ada segelintirnya yang mencadangkan agar Haqiem berkongsi menu hariannya.
"@muslizarina_96: Good luck.. Bagus tu cut sugar masa muda-muda ni. Mula dari sekarang, tua nanti insya-Allah sihat selalu.
"@yanazsaid98: Masa umur macam ni la kena jaga permakanan. Nanti kalau tak jaga susah juga nanti zaman sekarang ni bahaya jadi kena la berjaga jaga dari permakanan.
"@amani_darleen: Hari hari berikut nanti kongsi la resepi dan makanan sihat apa yang Haqiem buat... Suka tengok Haqiem masak
"@sitinajihah20: Termasuk minuman yang sihat. Boleh cuba minum air lemon tanpa gula, teh hijau untuk buangkan toksin dalam badan, badan jadi ringan dan cergas. Cuba la. Sangat bagus untuk kesihatan kita," antara tweet balas yang ditinggalkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ahmad Nawab Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

gempak
24/11/2024
10:45 MYT
Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar