,
Hiburan

Didakwa Sudah Bercerai, Velvet Aduk Komen - "Kami Tidak Pernah Terfikir Pun"

Ainun
23/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi, Velvet Aduk menafikan dakwaan dirinya dan suami iaitu vokalis kumpulan Estranged, Rich bercerai.
Velvet atau nama sebenarnya Velvet Lawrence Aduk, 37, berkata dia dan suaminya tidak pernah terfikir untuk bercerai.

“Hubungan saya dan Rich masih lagi suami isteri. Biasalah dalam hubungan perkahwinan tidak selalu indah, tapi bila dikaitkan dalam gosip perceraian, kami berdua tidak pernah terfikir. Kami tidak akan pernah berbuat demikian.

“Mungkin, orang selalu mengikuti kehidupan saya menerusi media sosial. Jadi, bila saya tidak kongsi kebahagiaan dengan suami, orang akan mula berteka teki”, jelasnya kepada Gempak ketika menghadiri sidang media Sound Of Borneo di Hotel Traders, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Hanya fokus kepada kerjaya

Melanjutkan bicara, Velvet turut menyatakan bahawa dengan usianya yang semakin meningkat, dia kini lebih memberi tumpuan kepada kerjayanya.

“Tapi, bila difikirkan balik dengan umur saya yang sudah meningkat ini, saya sudah jarang memuat naik gambar tentang kehidupan saya di media sosial sendiri.

“Saya terlalu fokuskan kepada kerja. Bila saya jarang memuat naik gambar dengan anak dan suami, spekulasi akan timbul”, katanya.

Selesa Tidak Berkongsi

Tambahnya lagi, dia menyedari dakwaan mengenai perceraian tersebut, namun memilih untuk merahsiakan kehidupan peribadinya kerana lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi kepada umum.
“Kami sebenarnya tahu tentang gossip ini dan saya rasa, saya lebih gemar untuk rahsiakan tentang kehidupan saya secara peribadi.

“Umur saya sudah meningkat, saya cuba untuk melindungi kebahagian saya yang saya suka. Kadang-kadang saya faham perasaan bila ada juga sesetengah orang tidak gemar untuk pamerkan kebahagian mereka dikhalayak ramai. Bagi saya ia sangat bagus untuk diri sendiri”, kongsinya.

BERITA TRENDING: Terbuat Sebab Stres, Fatiya Latiff Ada ‘Plan’ Nak Buang Tatu - “Mereka Tak Marah Yang Teruk Sebab Tahu Saya Akan…”

BERITA TRENDING: Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

BERITA TRENDING: Terima Buah Pinggang Isteri, Along Eyzendy Perlu Makan Ubat Seumur Hidup - “Bila Dah ‘Fragile’ Macam Ini…”

BERITA TRENDING: Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

Untuk info, Velvet yang juga merupakan penyanyi kelahiran Sabah ini dan suaminya, Rich telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2008.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Unitar