,
Laman Utama

Didakwa Singkirkan Pengurus, Ini Jawapan Aina Abdul - “Apa Yang Saya Boleh Katakan, Sejujurnya…”

Asyikin Mayudin
13/04/2023
07:55 MYT
Tiada angin tiada ribut, timbul pula spekulasi mendakwa penyanyi Aina Abdul sudah menyingkirkan pengurusnya disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka.
Bagaimanapun Aina menegaskan tiada istilah singkirkan namun bekas pengurusnya sendiri yang mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengannya.
“Saya tak nak lari daripada soalan ini dan saya tahu saya berada di pihak yang mana. Saya sama sekali tidak singkirkan sesiapa pun.
“Tapi apa-apa pun spekulasi orang, saya tahu orang akan menganggap macam-macam. Tapi apa yang saya boleh katakan, sejujurnya saya tidak singkirkan sesiapa pun.
“Sesiapa yang keluar dari hidup Aina, itu adalah keputusan mereka yang mungkin ada alasan tertentu, jadi the best person untuk tanya, tanya la pada pihak sana,” katanya kepada Gempak.
Aina ditemui ketika majlis memperkenalkan peserta, juri dan hos untuk program Big Stage 5 yang diadakan di Regal Space, Petaling Jaya pada Selasa.
Sementara itu, penyanyi lagu Sumpah ini mengakui dia berasa sedih dengan apa yang berlaku namun akur dengan keputusan bekas pengurusnya itu.
“Kejadian itu berlaku sebelum saya pergi umrah… sudah tentu saya rasa sedih sebab kami sudah lama bekerjasama. Tapi saya percaya dengan rezeki Tuhan, mungkin sampai sini saja rezeki kami.
“Saya pun bukan jenis bermasam muka dengan orang. Saya jenis tak nak orang minta maaf dengan saya atau pun saya tak nak ada isu maaf ke memaafkan ke.
“Saya hanya nak hubungan yang kalau jumpa dekat mana-mana acara masih boleh bertegur sapa. Mungkin rezeki sampai di sini saja,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

gempak
09/09/2024
10:38 MYT
Selepas hampir setahun merancang untuk mengadakan konsert jelajah, akhirnya penyanyi, Aina Abdul mengumumkan bakal hadir dengan Konsert jelajah pertamanya menerusi Konsert Aina Abdul Imaji Tour.