,
Laman Utama

Didakwa Miliki Kapal Mewah Hasil ‘Cuci Duit’, Black Hanifah Maafkan – “Percayalah Dengan Kebolehan Anak Melayu”

Syafiqah Jalal
19/05/2023
07:10 MYT
Penyanyi dan pelakon Black Hanifah memaafkan dakwaan yang menyatakan dirinya memiliki sebuah kapal mewah hasil dari ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram.
Isu berkeaan kecoh di media sosial sejak awal minggu ini dan Black akhirnya tampil memberi kenyataan.
Kata Black sepatutnya semua pihak buka mata dan percaya akan kebolehan anak Melayu.
“Dari tiga hari lepas benda ni timbul.. apa yang mereka katakan dan keluarkan saya maafkan..
“Cuma tolonglah percaya dengan kebolehan anak Melayu..Banggalah lihat anak melayu yang berjaya dalam perniagaan..,” katanya.
Penyanyi lagu Hanyut itu berkongsi luahan hatinya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran berkenaan dia memuat naik satu laporan yang dimuat naik di media sosial sehingga tular. Menurut Black lagi, semua pihak boleh nilaikan sendiri tentang isu yang tular itu.
“Selama 15 tahun saya bergelar selebriti dan apa sahaja kejayaan saya pertontonkan di Instagram,YouTube dan Facebook serta televisyen…anda boleh fikirkan sendiri.."ujarnya.
Sebelum ini, penyanyi berusia 35 tahun itu telah tampil menjelaskan bahawa dakwaan tersebut hanyalah semata-mata fitnah dan menyifatkan individu atau pihak yang menyebarkan perkara tersebut iri hati terhadapnya.
Dalam pada itu, dia juga menyatakan bahawa semua kesenangan yang dimilikinya adalah hasil usaha kerasnya sendiri.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang mendakwa pelantun lagu Teman Pengganti itu memiliki sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi.
Dakwaan tersebut turut mempersoalkan kemampuan Black untuk membeli aset itu sehingga tercetus spekulasi dia terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Malaysia Ambil Maklum Laporan Kapal Tentera Laut Asing Di ZEE

gempak
10/09/2024
05:25 MYT
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Viral

Beg Jenama Mewah Harga Lebih RM20,000 Lee Zii Jia Raih Perhatian Wargamaya! - "Siap Ada Custom Made Nama"

gempak
07/08/2024
09:32 MYT
Satu keping foto memaparkan pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia bergambar bersama pegawai perubatan, Jass Khuzairi mendapat perhatian ramai.
Berita

Feri Pulau Kapas Tenggelam

gempak
24/07/2024
03:25 MYT
Sebuah feri ikonik dilaporkan tenggelam di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth pada awal pagi Rabu.
Hiburan

Didakwa Miliki 500 Unit Rumah Mewah, Siapa Rey Utami Artis Terkaya Indonesia 2024?

gempak
11/06/2024
08:50 MYT
Indonesia Artist Watch baru-baru ini mengeluarkan senarai Artis Terkaya Indonesia untuk tahun 2024.