,
Hiburan

Didakwa Masuk Campur Urusan Nina Iskandar Jaga Anak, Ini Penjelasan Pakar Nutrisi

Asraf Aided
17/07/2020
09:39 MYT
Baru-baru ini pelakon Nina Iskandar meminta agar tiada pihak yang 'masuk campur' dalam urusan menjaga anaknya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia tujuh bulan.
Kata Nina, dia mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anaknya termasuklah aspek pemakanan.
BACA : Nina Iskandar Ada Cara Sendiri Besarkan Anak, Ini Pesannya Buat Mak-Mak Yang Menyibuk..
Ekoran perkara tersebut, pakar pemakanan yang dikenali sebagai Syaza tampil membuat penjelasan.
Menurut Syaza, dia akui pernah meninggalkan komen menerusi sebuah posting di akaun Instagram milik pelakon itu sebelum ini, namun ia hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai pemakanan bayi sahaja.
"Sis terhibur sekejap, tak sangka jadi isu benda ni.
"Sebagai artis, saya rasa setiap posting akan mempengaruhi pengikut, langsung tiada niat nak kecam atau menyibuk hal hidup orang lain.
"Niat saya cuma nak bagi info supaya ibu-ibu lain juga tahu dan seterusnya tak menghadapi masalah anak jadi 'picky eater'.
"Dan ayat saya bukanlah berbentuk kecaman atau cacian, atau teguran, tapi hanyalah kata-kata penuh lemah lembut lagi berinformatif siap ada smiley lagi," tulis Syaza menerusi Facebook.
Dalam pada itu, Syaza juga menjelaskan dia tidak dapat menunjuk komen terbabit kerana ia telah diselindung (hide).
"Tak boleh nak screenshot komen sebab beliau dah hide," tulisnya lagi.
Walaubagaimanapun, Syaza yang turut berkongsi pautan artikel mengenai Nina di entri berkenaan, telah memohon maaf jika dia menyinggung perasaan mana-mana pihak.
"Mohon maaf kalau melukakan hati mana-mana pihak, tetapi sebagai Nutritionist, inilah peranan saya dalam masyarakat," tulisnya lagi.
Dalam entri yang sama, Syaza ada berkongsi beberapa perkara penting mengenai tips pemakanan bayi, anda boleh membacanya di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Hati Nina Iskandar Hancur Tengok Anak Kecil Di Palestin - “Berlumpuran Darah & Menangis Tapi Masih…”

gempak
20/10/2023
07:56 MYT
Memang sedih...
Laman Utama

Sehari Sebelum Raya, Ada Pula Orang Fitnah Nina Iskandar Sudah Meninggal Dunia - “Saya Ingin Perjelaskan Perkara Ini…”

gempak
29/06/2023
01:50 MYT
Memang tak baik...
Laman Utama

"Lepas Vaksin Buka Tudung?" - Netizen Persoal Tindakan Nina Iskandar, Ini Jawapan Empunya Diri

gempak
26/07/2021
09:49 MYT
Nina tak pernah mengesahkan sebelum ini..
Laman Utama

Dedah Kru Produksi Tertekan Hingga Mahu Bunuh Diri, Nina Iskandar Kumpul Dana Dari Brunei

gempak
30/06/2021
05:20 MYT
Allahu...Banyak dah kes bunuh diri sekarang
Laman Utama

Sudah Bertudung Sepenuhnya? Nina Iskandar Sedang Perbaiki Diri, Enggan Komen Banyak

gempak
23/06/2021
03:37 MYT
Tak akan mengiyakan atau mengeluarkan kenyataan apa-apa.