,
Laman Utama

Didakwa Lelong Kaca Mata RM76,000 Sebab Tak Ada Duit, Ini Penjelasan Vokalis Radja - "Waktu Tu COVID-19 Baru Saja..."

Shahrin Zulkifle
27/09/2022
08:30 MYT
Vokalis band Indonesia Radja, Ian Kasela mendedahkan kisah sebenar mengenai kaca mata miliknya yang pernah dilelong pada Oktober 2020.
Menurut Ian, tindakan tersebut dilakukan bukanlah seperti yang didakwa sesetangah pihak yang mengatakan dia tidak mempunyai wang.
Malah, tujuan sebenarnya adalah dia ingin membantu orang disekelilingnya yang ketika itu sedang ‘bergelut’ dalam hidup disebabkan terkesan dengan Covid-19.

Niat Bantu Orang

“Sebenarnya saya jual cermin mata saya waktu itu bukanlah untuk diri saya, tetapi untuk membantu orang-orang disekeliling saya.
“Waktu itu covid-19 baru sahaja serang dunia, ramai yang terkesan, ramai yang memerlukan bantuan untuk terus hidup ketika itu.
“Orang-orang saya maksudkan untuk dibantu itu adalah mereka yang berada dalam team mangement saya yang dekat dengan diri saya.
“Bagaimanapun cermin mata tersebut tidak terjual disebabkan tidak mencapai harga yang saya tetapkan iaitu 250 juta rupiah (RM76,000). Paling tinggi yang ditawarkan kepada saya hanyalah 119 juta rupiah (RM36,000) sahaja.
“Sekiranya saya terima tawaran berjumlah 250 juta rupiah itu, saya akan jual dan wang tersebut akan saya agihkan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.
Ian ditemui ketika sesi sidang media konsert Repvblik Radja: Live In Kuala Lumpur yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Isnin.
BACA: Vokalis Radja, Ian Kasela Lelong Kaca Mata Sebab Tak Ada Duit Nak Hidup

Cermin Mata Banyak Sejarah

Ditanya mengapa memilih kaca mata berbanding barangan lain, Ian menjelaskan kerana itu adalah barangan yang paling bermakna dan mempunyai banyak sejarah disebaliknya.
“Mengapa saya memilih cermin mata tersebut adalah kerana cermin mata itu sudah ada sejak kumpulan Radja baru muncul lagi dalam industri.
“Cermin mata itu jugalah yang menemani saya ke mana-mana konsert dan persembahan.
“Cermin mata itu sangat banyak kisah disebaliknya, lebih daripada 20 tahun dan masih bersama saya sampai sekarang,” tambahnya.

Konsert

Sementara itu, Konsert Repvblik Radja: Live In Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada 13 November depan dan memilih Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sebagai lokasinya.
Konsert yang dijangka berlangsung selama dua jam itu bakal menyaksikan gabungan dua band terkenal Indonesia iaitu Radja dan Repvblik.
Menariknya lagi, Radja dan Repvblik akan membawa peminatnya untuk kembali kepada kenangan silam dengan lantunan lagu-lagu hits popular mereka seperti Sandiwara Cinta, Sayang Sampai Mati, Aku Tetap Cinta, Aku Takut dan banyak lagi.
Tiket sudah mula dijual bermula 26 September 2022 dengan harga bermula RM248 (Zone 6), RM348 (Zone 5), RM448 (Zone 4), RM598 (Zone 3), RM798 (Zone 2) dan RM698 (Zone 1).
Untuk lebih lanjut mengenai tiket konsert, sila layari www.ilassotickets.com
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Unitar