gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ade Govinda Puji Siti Nurhaliza, Senang & Cepat Kerja - "Beliau Pasti Bawa Banyak Makanan..."
DRAMA
Mandul Bukan Pilihan Curi Tumpuan, Penonton Approved Jalan Cerita Pantas & Sarat Emosi - “Mesti Nak Seksa Hati Viewers Lah Ni”
HIBURAN
Jennifer Coppen Dikecam Kongsi Gambar Mesra Dalam Hotel , Netizen Anggap Tak Sensitif - “Kenapa Perlu Post Begitu?”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Didakwa Hanya Sewa Jet Peribadi, Aliff Syukri Janji Akan Beri Penjelasan - “Kalau Nak Beritahu, Nanti Orang Kata Riyak”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
22/07/2025
11:59 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Hanya Sewa Jet Peribadi, Aliff Syukri Janji Akan Beri Penjelasan - “Kalau Nak Beritahu, Nanti Orang Kata Riyak”
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang sebelum ini mencuri perhatian ramai berikutan dakwaan pembelian sebuah jet peribadi bernilai jutaan ringgit.

Ada pengumuman khas

Menurut Aliff Syukri atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman, dia tidak dapat memberikan sebarang penjelasan penuh mengenai isu tersebut dan akan dimaklumkan perkara itu di pengumuman khas pada jumaat ini.

“Sebenarnya kalau nak beritahu nanti orang kata riyak dan kalau beritahu juga cukai kejar. “Tapi, kalau nak tahu mengenai jet peribadi itu Jumaat nanti saya akan umumkan.

“Sekarang ini saya tak mahu cerita lebih lanjut, doakan yang baik-baik sahaja,” katanya kepada Gempak.
Datuk Aliff berkata demikian ketika ditemui kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Takut penyakit ain

Katanya lagi, dia masih belum boleh berkongsi kepada umum mengenai pembelian jet peribadi kerana membabitkan banyak pihak, selain memikirkan pelbagai lagi kesan sampingan.

“Kenapa Jumaat, sebab perkara ini membabitkan ramai orang kerana nilainya (jet peribadi) jutaan ringgit. Jadi, kita tunggu hari Jumaat, saya harap rakyat Malaysia doakan yang terbaik. “Bila lihat orang ada sesuatu, takut ada penyakit ain, jadi tunggu hari Jumaat sahaia. Sekarang saya tak keluarkan apa-apa kenyataan lagi, tunggu hari Jumaat,” jelasnya.

Impian miliki jet peribadi sejak kecil

Tambahnya lagi, bapa kepada enam cahaya mata itu mengakui impian memiliki jet peribadi adalah impian sejak dahulu dan apa dipaparkan dalam media sosial adalah perkongsian kisah hidupnya sahaja.

“Jet peribadi ini memang impian saya dari dulu, setiap orang juga ada impian. Bila cerita mengenai jet peribadi ini viral saya tak sangka sebab saya hanya berkongsi mengenai kisah hidup.

“Tapi untuk tahu lebih lanjut, perlu tunggu hari Jumaat sebab itu adalah hari penentu. Bila bekerja dengan ramai orang dan ia bukan sesuatu yang murah.
“Ini adalah bisnes dan perkara besar. Ramai orang salah tafsir dan cakap saya macam-macam,” kongsinya.

Jeruk mangga beri impak

Bagaimanapun, Aliff juga mengakui tidak menolak jualan jeruk mangga harumanis yang diusahakan sejak awal tahun ini banyak memberi impak dalam perniagaannya bersama keluarga.

“Sejujurnya saya jual jeruk mangga ini secara kecil-kecilan, tak ada pun niat nak tunjuk hasil jualan itu saya dapat beli jet. Saya teruja kerana macam mana jualan jeruk itu boleh dapat jutaan ringgit. “Bukan senang kerana saya hanya berniaga secara dalam talian dan orang memandang rendah kerana jualan begini orang kampung sahaja.

“Saya ucap terima kasih kepada semua yang menyokong saya kerana jualan ini sudah kumpul juraan ringgit. Walaupun ia sekadar jeruk, tapi ini sunggu bermakna,” ujarnya.
Terdahulu, Aliff mendakwa berjaya memiliki jet peribadi hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Menerusi video dimuat naik dalam Instagram (IG), Aliff berkongsi keterujaan bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam itu.
Sementara itu, Aliff menzahirkan hasrat untuk mencipta rekod Malaysia melalui The Malaysia Book of Records sebagai ‘Kutipan Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’ yang dijadual 3 Ogos depan jam 8 malam di platform TikTok, @papalarisofficial.
Aliff berkongsi, dia akan memperkenalkan koleksi baharu koleksi beg tangan, ‘Samma Bag Denim Edition’ yang dipertaruhkan pada malam tersebutitu bagi mencapai hasrat mencipta rekod Malaysia.
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#Jet Peribadi
#Private Jet
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement