,
Hiburan

Didakwa Guna Pelaris, Aliff Syukri Mahu Ustaz Bertaubat

Kamaruddin Razal
18/02/2018
08:08 MYT
Ushawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri dituduh menggunakan pelaris untuk menjual produk keluarannya.
Aliff membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, @aliffsyukriterlajaklaris.
Aliff memuat naik paparan skrin mesej pertanyaan seorang peminat yang dilarang menggunakan produk keluaran Aliff oleh seorang ustaz.
Lebih buruk, ustaz tersebut mendakwa produk keluaran Aliff memakai 'pelaris'.
Kesal dengan tuduhan tersebut, pelakon drama Tuyul Ke London ini menjawab persoalan peminat itu.
"Bertaubatlah ustaz. Ada beberapa orang WhatsApp benda yang sama. Kenapa sampai macam ni? Ustaz yang bijak, nasihat saya jangan jadi syirik ye. Sumpah dengan nama Allah saya tak pakai pelaris apa-apa..
"Saya berniaga secara betul dan halal samua ada KKM dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia," tulis Aliff.
Rata-rata peminat Aliff memohon agar pelakon filem Badang itu menyifatkan dakwaan ustaz itu mengarut dan mahu agar Aliff tidak melayan tuduhan tersebut.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Aliff
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Viral

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam - "Saya Tak Ada Wang Ringgit, Tapi Saya Ada Allah"

gempak
26/06/2024
00:45 MYT
Bekas pembantu kepada usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani akan meneruskan perjuangan biarpun tanpa bantuan peguam.
Viral

Masih Degil & Ego, Aliff Syukri Enggan Beri Peluang Lagi Pada Bekas Pembantu Peribadi - "Sekarang Baru Sedar Langit Tinggi Atau Rendah"

gempak
25/06/2024
09:11 MYT
Baru sahaja menang kes saman fitnah terhadap bekas pembantu peribadinya, Melati Abdul Ghani, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kali ini memuat naik hantaran meluahkan perasaannya berhubung permasalahan itu.
Hiburan

Jual Durian RM8 Sekilo, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri! - "Perangai Walau Kadang Mak Sendiri Tak Boleh Faham, Tapi Dia Bersedekah"

gempak
19/06/2024
13:55 MYT
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menerima pujian netizen apabila dirinya menjual durian dengan harga hanya RM8 sekilogram.
Viral

Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

gempak
16/06/2024
08:00 MYT
Saranan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri berkenaan pekerja harus sentiasa bersedia menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja nampaknya tidak dipersetujui netizen.