Hiburan

Didakwa Guna Aplikasi ‘Dating’ & Ajak Wanita Buat Perkara Tak Senonoh, Ini Respons Nik Rifaie - “Mengenai Video Yang Tular, Sejujurnya Saya…”

gempak
Asyikin Mayudin
26/11/2024
07:44 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Guna Aplikasi ‘Dating’ & Ajak Wanita Buat Perkara Tak Senonoh, Ini Respons Nik Rifaie - “Mengenai Video Yang Tular, Sejujurnya Saya…”
Pelakon baharu, Nik Rifaie mengakui dia berasa terkejut apabila namanya dipetik menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk memikat wanita.

Bukan dirinya

Menafikan dirinya menggunakan aplikasi tersebut, Nik bagaimanapun menganggap dakwaan itu timbul disebabkan dalam video tular itu menyebut mengenai ahli kelab larian yang sedang popular.
"Mengenai video yang tular itu, sejujurnya saya tak tahu sangat sebab memang sibuk shooting. Tapi saya pun ada dengar juga orang cakap-cakap fasal ni.
"Apa yang boleh saya cakap, itu bukan saya. Lagi pun tak ada sebut nama sesiapa cuma ada mention anggota kelab larian.
"Kalau kita lihat sekarang grup larian lain yang tengah naik pun Challo run. Mungkin nama saya naik pun kerana ia merupakan hantaran yang dibuat secara umum.
BERITA TRENDING: GV11: Illa Sabry Hampir Tersingkir, Liza Aziz Juara
"Ruangan komen terbuka kepada semua orang, saya pun tak tahu kenapa nama saya naik. Mungkin disebabkan saya antara ahli aktif dalam kumpulan tersebut,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: "Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran &

Nik ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.
Nik yang juga salah seorang pelakon drama Rahsia Selamat Denganku berkata dia menganggap aplikasi tersebut kurang sesuai untuk mencari jodoh.
"Saya tahu sekarang banyak sahaja aplikasi cari jodoh seperti Tinder. Umur saya pun dah 26 tahun jadi saya tahu saja aplikasi-aplikasi seperti itu.
BERITA TRENDING: Berjubah & Pakai Tudung Serba Hitam, Bekas Isteri
"Tapi untuk mencari jodoh di tempat-tempat seperti itu saya rasa kurang sesuai.
"Bagi saya kalau nak mengenali seseorang itu lebih baik kita jumpa secara depan mata. Lebih senang nak berkenalan dan bersembang,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Barang Rumah Datuk Vida Termasuk 4 Kereta

Dalam pada itu, Nik menyedari terdapat akaun palsu yang menggunakan gambar dan namanya untuk mengambil kesempatan dengan berniat jahat.
"Ada sahaja orang yang menggunakan nama dan gambar saya untuk membuat akaun palsu. Tapi apa yang saya boleh kata, saya memang tak ada aplikasi-aplikasi tersebut.
"Saya tahu banyak sahaja akaun palsu di media sosial. Orang boleh guna nama dan gambar kita sewenangnya.
"Sekiranya ada yang menggunakan kesempatan ini untuk berniat jahat, tak bestlah. Orang lain buat jahat, kita yang kena. Saya sudah menjadi seperti kambing hitam pula,” katanya.
Sebelum ini, tular video pempengaruh di TikTok berkongsi kisah daripada pengikutnya yang mendedahkan salah seorang ahli kelab larian terkenal mengajaknya melakukan perkara tidak baik.
Menerusi perkongsian cerita itu, individu itu mendakwa dia mengenali ahli kelab larian itu menerusi aplikasi mencari jodoh.
Malah menerusi ruang komen perkongsian itu, ramai netizen memetik kelab larian ‘Challo Run’ dan juga nama Nik Rifaie.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024