,
Laman Utama

Didakwa Durian Harga Yahudi, Ini Komen Padu Mila - “Untung Tak Besar, Tak Semua Isi Bagus Sebab Itu Kami Jual Siap Kopek”

Mya Amri
05/07/2021
04:14 MYT
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin terkilan apabila ada yang mendakwa harga durian yang dijualnya sangat mahal.
Lebih kecewa lagi apabila tuduhan itu dilakukan tanpa mengetahui cerita sebenar atau dugaan yang dihadapi oleh Mila untuk memastikan pelanggannya menerima kualiti terbaik.
Mila memberikan penjelasan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Sedikit pencerahan. Sahabat sekalian, tak dinafikan dalam 8 Tan lebih durian yang diambil dari beberapa kebun, bukan 100% semua isinya bagus. Sebab itu, tahun ini kami jual siap bagi melihat isinya dahulu sebelum hantar.
“Dalam menjaga dan berhati hati packing pun tetap ada masalah. Ada juga beberapa kes Durian rosak (dalam perjalanan dalam delivery box yang agak panas).
“Tapi… Alhamdulillah, kami tukarkan durian baru sekiranya ada kerosakkan demi kepuasan pelanggan. Boleh saya simpulkan +- arround 3 to 5% case yang tak dapat dielakkan.
“Cuma yang saya rasa tersentuh dan tercalar dihati bila DI-YAHUDI kan dek kerana "JUAL DURIAN MAHAL"
“Kebun di Balik Pulau itu bukan kebun saya. Saya pun hanya tumpang berniaga sahaja. Kos beli durian sahaja mencecah RM133 ribu ringgit dengan purata keuntungan lebih kurang 7% sahaja. Dimana Yahudinyanya?
“Saya jual durian ini - dahulu kan modal beli buah durian untuk sama sama bantu bawa durian di Balik Pulau dan bawa ke kota ni buat mereka yang rindukan durian Balik Pulau. Macam mana saya nak jual murah jika saya beli dengan kebun pun dah mahal?” jelasnya.
Tambah Mila lagi, tidak mudah untuk mendapatkan isi durian yang berkualiti.
“Sebiji durian dari kebun ditimbang kilo dengan kulit. 1 biji durian kadang-kadang nak dapat 500gram isi durian pun sangat susah. Belum lagi kes, buka durian hanya ada 4 ulas atau pun buka durian - ulat menari-nari didalamnya.
“Semua itu kehendak yang Maha Esa. Buah Durian bukan saya yang cipta. Mana saya nak tahu isinya betul-betul tebal atau tidak.
“Saya pun tak boleh picit durian tersebut. Mana saya boleh scan bijinya kecil atau besar sebab kejadianya setiap durian itu berbeza-beza.
“Tujuan saya up posting ini untuk saya jelaskan. Jangan menngyahudikan peniaga yang jual durian. Untungnya tidak lah besar mana. Risiko besar.
“Buah durian bukan tahan lama, bila dah merekah kulitnya - jawapnya ke kitchen lah untuk dibuat bubur.
“Terdetik dihati saya "semua pekebun buah, nak yang terbaik dihasilkan dari kebun beliau, peniaga buah mesti nak beli buah terbaik buat pelanggan mereka, tetapi bila sebaliknya, semua diluar kuasa kita kerana yang menciptakan buah itu siapa?? Bukanlah Pekebun mahupun Peniaga,” terangnya.
Selain durian, Mila juga mengusahakan pelbagai perniagaan antaranya Nasi Arab dan juga kek.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mila Jirin Berdepan Detik Cemas Di China, Kereta Berhenti Mengejut Di Highway Sebab Tayar Pecah! - “Kenderaan Berat Laju, Lori Trailer Hon”

gempak
23/07/2024
05:50 MYT
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin berdepan detik cemas apabila pemandu keretanya terpaksa menghentikan kenderaan yang dinaiki secara mengejut di pertengahan lebuh raya akibat tayar pecah.
Hiburan

Sempoi! Sean Lee Bawa Makan Durian Sambut Birthday Isteri – “Thank You Sebab Hadir Dalam Hidupku”

gempak
19/07/2024
21:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, 30, berkongsi momen dia bersama isteri tercinta, Bay Doucet.
Viral

12 Perompak Serang Pekebun Di Raub, Curi Durian Musang King Bernilai RM3,000!

gempak
18/07/2024
05:20 MYT
Sekumpulan perompak bertindak agresif dengan memecah masuk sebuah kebun di Raub, Pahang dan mencuri sejumlah durian jenis Musang King bernilai RM3,000.
Viral

Tawar Durian Percuma Kepada Wanita Bujang, Idea Tercetus Ketika Tulis Harga - “Rasa Terhibur Dengan Telatah Pelanggan Namun…”

gempak
16/07/2024
12:55 MYT
Tiga sekawan membawa konsep perniagaan durian lain daripada kebiasaan apabila menawarkan durian percuma kepada wanita bujang yang berkunjung untuk mendapatkan raja buah itu di gerai jualan mereka dekat Kampung Seberang Takir, Terengganu.
Hiburan

Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

gempak
15/07/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.