gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Wajah Semakin Kurus, Enot Buat Ramai Terkejut – “Hampir Tak Cam Lepas Berubah”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Hampir Saja Putus Asa, Rayme Tak Sangka Persembahan Jadi ‘Benchmark’ - “Saya Dah Ready Nak…”
VIRAL
Isu Telur Masam, KKM Turun Padang! Kieda Crepe Beri Kerjasama Penuh - “Ada Yang Buat Aduan, Doktor Nak Tengok…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Didakwa Dahulukan Refund Untuk Mangsa ‘Kaki Kipas’, Ini Penjelasan Kim Seri - “Yang Memfitnah & Panggil Saya Scammer, Teruskan…”

Mya Amri
Mya Amri
26/06/2025
00:01 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Dahulukan Refund Untuk Mangsa ‘Kaki Kipas’, Ini Penjelasan Kim Seri - “Yang Memfitnah & Panggil Saya Scammer, Teruskan…”
Pempengaruh, Kim Seri tampil memberikan penjelasan selepas ada pihak yang mendakwa dirinya hanya mendahulukan pemulangan wang kepada mangsa tertentu sahaja.

Dahulukan trip mangsa bulan 12

Tidak hanya dakwaan itu, malah netizen juga turut mempersoalkan mengapa jumlah pemulangan wang ditutup ketika dia berkongsi tangkap layar mesej sebagai bukti telah membuat pembayaran.
“Kenapa tutup jumlah refund?, Ya, buka dan tutup pun ia tetap akan menjadi perdebatan netizen. Cukuplah orang tahu saya sudah buat refund. Sedikit atau banyak, saya dan mangsa sahaja yang tahu.

“‘Dia dahulukan mangsa-mangsa yang husnuzon je dengan dia, yang mengipas dia, cakap elok dengan dia, dia refund la’ - Buat masa ini saya dahulukan mangsa trip bulan 12 dahulu. “Yang baik dengan saya? Tidaklah mana ada mangsa yang tidak marah dengan saya. Cuma, saya dahulukan mangsa yang walau marah, tetap doakan saya.

“Beri ruang pada saya, tidak menghalang saya mencari rezeki, tidak memfitnah saya di media sosial. Tidak adil jika saya mengenepikan mereka yang seperti ini,” jelasnya menerusi hantaran di IG Stories.

Tak kisah jika masih dianggap scammer

Dalam hantaran yang sama, Seri memaklumkan dia tidak kisah sekiranya masih ada yang ingin menganggapnya sebagai scammer.

“Ya ,saya dahulukan mereka yang seperti ini. Yang memfitnah dan memanggil saya scammer, teruskan. “Anggap saya scammer sebab seorang scammer tidak akan buat refund kan? Jadi, silakan,” coretnya.

Terdahulu, nama Kim Seri mencetuskan kontroversi selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan oleh pempengaruh itu. Jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM500,000.
Susulan dakwaan tersebut, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.
Namun begitu, sebahagian mangsa mendakwa sehingga kini mereka masih belum menerima bayaran balik.
Topic Berkaitan
#Korea
#Refund
#Kim Seri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement