Viral
Didakwa Aktif Tipu Duit Orang, Warga Emas Ini Cuba Lari Apabila Diminta Pulangkan Wang Yang Disonglap - “Berbulan-Bulan Aku Cari Kau”
Seorang warga emas tular di laman sosial gara-gara rakaman video yang memperlihatkan dirinya yang bertindak cuba melarikan diri selepas dituduh menipu wang pelanggan yang melibatkan urusan hartanah meraih perhatian netizen.
BERITA TRENDING: Penata Gaya Dakwa Pengurus Songlap Duit, Nadeera Zaini Buat Laporan Polis!
Menerusi video berkenaan, lelaki yang dikatakan berusia hampir 80 tahun itu disergah oleh dua individu yang menuntutnya supaya memulangkan wang yang telah diambil sejak beberapa bulan lalu.“Berbulan-bulan aku cari kau. Hari tu aku sembahyang Jumaat, aku nampak kau. Tapi aku sabar, saja je. Aku nak tengok kau cari aku ke tak. Memang kau tak cari,” ujar salah seorang lelaki yang menyergah individu berkenaan.
Selain itu, lelaki itu turut meminta mengembalikan wang berjumlah RM9,000 dan enggan membenarkan dia meninggalkan lokasi selagi hal yang dibincangkan tidak selesai.
Namun, tidak berapa lama, lelaki yang dituduh itu terus melarikan diri dan cuba keluar daripada premis makanan segera lokasi mereka bertelagah.
Tetapi, tindakan pantas individu lain yang enggan membenarkan lelaki tersebut cabut berjaya menahannya daripada keluar.
Menerusi perkongsian asal di platform X, individu yang didakwa sebagai scammer itu dikatakan aktif menipu duit pelanggan di sekitar Johor Bahru.
Meninjau ruangan komen pula, ramai yang mengkritik tindakan lelaki yang didakwa sebagai scammer berkenaan, selain tertanya-tanya tentang cerita sebenar di sebalik kejadian tersebut.
Sumber: Platform X
BERITA TRENDING: PA Founder Songlap RM400K, Kantoi Buat Kerja Kotor Lepas Minta Cerai…
Must-Watch Video