gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Selesa Mengacara, Ashmirul Tak Tolak Jika Terima Banyak Tawaran Pengacaraan - “Saya Nak Tengok Sejauh Mana…”
HIBURAN
Mawar Rashid Kena ‘Tampar’ Dengan Janna Nick Gara-Gara…
HIBURAN
“Kita Ada Scene Berkejaran…” – Amira Othman Masuk Set Penggambaraan? Netizen Teruja Siap Teka Dengan Fattah Amin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Didakwa Ada Masalah Fetish & Curang, Virgoun Menangis Minta Maaf Pada Anak Bukan Isterinya

Maliah Surip
Maliah Surip
30/04/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Ada Masalah Fetish & Curang, Virgoun Menangis Minta Maaf Pada Anak Bukan Isterinya
Nama penyanyi Virgoun memang tengah hangat diperkatakan selepas isterinya, Inara Rusli mendedahkan lelaki tersebut curang dengan perempuan lain.
Hal yang membuatkan isunya menjadi lebih sensasi adalah selain menyertakan bukti Virgoun curang dengan perempuan bernama Anisa Tenri, membiayainya, mengajak dirinya melakukan seks suami isteri di siang hari pada bulan Ramadan selain mendakwa penyanyi itu mempunyai fetish atau masalah mental terhadap seks.
Muncul buat pertama kali selepas isu tersebut menjadi sensasi, Virgoun melalui YouTube miliknya mengaku telah curang dan bersalah.
Namun penyanyi yang terkenal menerusi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu tidak langsung menyentuh mengenai tuduhan isterinya mengenai masalah fetish atau ketagihan seks.
Sebaliknya vokalis kumpulan Last Child itu memilih menyampaikan permohonan maaf kepada pihak-pihak yang telah terkesan akibat sikap buruknya.
Malah, Virgoun dilihat menangis sewaktu meminta maaf kepada tiga anaknya hasil perkongsian hidup dengan Inara iaitu Starla, Faithlee dan Terang.
"Saya mohon maaf yang sebesar-besarnya kepada semua orang yang terseret dengan permasalahan ini, kepada teman-teman, keluarga saya, kepada manajemen, teman-teman saya di Last Child, kru," kata Virgoun.
"Yang paling utama adalah kepada anak-anak saya, saya mohon maaf yang sebesar-besarnya kepada Starla, Faithlee, dan Terang," ungkapnya seperti dilaporkan Insertlive.
Sebelumnya, Virgoun juga diketahui telah memasang peguam untuk membantu menguruskan perceraiannya dengan Inara.
Pasangan yang telah berkahwin sejak tahun 2014 itu dijangka akan ke mahkamah menguruskan konflik mereka pada minggu depan.
Virgoun didakwa memilih cerai kerana melihat ia sebagai jalan terbaik kepada permasalahan yang telah dilakukannya.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Isteri
#Virgoun
#Curang
#Pelakor
#Inara Rusli
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement