,
Laman Utama

Dibesarkan Sebagai Penganut Kristian Yang Setia, Reza Rahadian Dedah Mengapa Pilih Peluk Islam

Maliah Surip
10/04/2021
03:50 MYT
Pelakon Indonesia, Reza Rahadian baru baru ini menceritakan kisah bagaimana dia yang dibesarkan dalam keluarga penganut Kristian yang setia memilih untuk memeluk Islam.
Kepada Daniel Menanta, bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu mengaku keluarga terutama ibunya merupakan seorang penganut tegar Kristian.
Dirinya malah telah dihantar bersekolah ke sekolah aliran Kristian sehingga remaja dan tidak lepas mengunjungi gereja pada setiap Ahad.
"Saya dibesarkan sebagai seorang Nasrani (Kristian) dan dihantar ke sekolah khusus agama Kristian dengan setiap minggu ke gereja.
"Mendiang Glenn Fredly (penyanyi) pernah menjadi guru saya di gereja," kenang lelaki yang berasal dari Bogor, Indonesia itu dalam temu bual yang disiarkan di laman YouTube Daneil Menanta.
Bagaimanapun, setelah dewasa, dia memutuskan untuk menjadi mualaf, memeluk Islam. Tanpa menyatakan secara spesifik pada usia berapa dia memeluk Islam, Reza menegaskan keputusan yang diambil bukan didorong oleh sesiapa.
"Transisi saya memeluk Islam bukan atas paksaan atau mengikut orang, apa lagi kerana cinta misalnya.
"Ia adalah keputusan saya sendiri. Bukan sebab kerja atau pasangan. Saya cuma yakin setelah 'berdialog' dengan Tuhan, saya mahu menjadi mualaf," katanya jujur.
Bintang filem yang sudah memenangi banyak anugerah ini kemudian mengatakan keputusannya memeluk Islam disambut baik oleh ibu, biar wanita itu sangat berpegang teguh dengan agama yang dianuti.
"Mama kata itu (jadi mualaf) adalah hak saya. Dia cuma berpesan, apabila saya memeluk Islam, jalani ibadah atau agama saya sebaiknya," kata lelaki berusia 34 tahun itu.
Malah katanya, saat ini, ibu dan keluarga yang lain masih beragama Kristian serta menyambut Krismas, sementara dia bahagia menjadi seorang Muslim dan menjalankan ibadah tanpa sekatan.
Katanya: "Mama saya masih merayakan Krismas dan perayaan atau upacara lainnya di rumah. Saya okay. Dan di tempat saya solat, ibu juga kadang kadang berdoa di situ."
Terdahulu, dalam temu bual yang sama, Reza membuat pengakuan mengejutkan dirinya berbohong telah kematian ayah sejak kecil.
Ironi, dia tidak pernah mengenal atau mengetahui sama ada ayahnya masih hidup atau benar benar sudah meninggal dunia kerana tidak pernah bertemu dengannya.
"Ayah meninggalkan kami sewaktu saya kecil dan saya tidak tahu dia bagaimana, masih hidup atau sudah meninggal dunia," akuinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Unitar