,
Viral

Diberi Peluang Laungkan Azan Untuk Solat Jumaat, Taufik Batisah Ambil Masa 3 Minggu Untuk Berlatih

Gempak
03/06/2024
07:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Taufik Batisah mendedahkan yang dia mengambil masa selama tiga minggu untuk berlatih sebelum menggalas tanggungjawab sebagai bilal dan melaungkan azan bagi solat Jumaat pada 31 Mei lalu.
Memetik laporan Berita Harian Singapura, Taufik berkata, perasaan melaungkan azan untuk solat Jumaat berbeza jika dibandingkan dengan membuat persembahan di hadapan khalayak umum.
Tambahnya, dia diberi masa lebih kurang tiga minggu untuk berlatih dan bersiap sebelum menggalas tanggungjawab sebagai bilal pada sesi solat Jumaat tersebut.

Azan

“Perasaan menyanyi di hadapan ribuan orang tidak sama rasanya seperti melaungkan azan walaupun jumlah jemaahnya jauh lebih kecil. Rasanya ‘seram’ dan sangat-sangat berlainan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Berlakon Filem, Taufik Batisah Sedia Terima Kritikan

“Saya berlatih setiap hari, memperbetulkan bacaan, tajwid dan melodi. Saya juga merujuk kepada guru saya, Ustaz Zahil, dan juga bapa saya sendiri yang merupakan guru ngaji,” katanya.
Walaupun dibesarkan ibu tunggal, Taufik menjelaskan hubungannya dengan bapanya tetap akrab.

Solat Jumaat

Menurut Taufik, bapanya, Batisah Ahmad turut hadir di Masjid Ahmad Ibrahim, lokasi di mana Taufik melaungkan azan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya Allah Harus Dengan Cara Apa Lagi?” Sudah Mohon Maaf Tapi Terus Dikecam, Wanita Dakwa Tak Dengar Azan Di Malaysia Ini Akui…

“Walaupun saya selalu bercerita tentang ibu saya, sebenarnya bapa saya juga selalu memberi sokongan kepada saya dan abang-abang saya. Beliau seorang bapa yang baik.
“Beliau mempunyai banyak ilmu agama, dan saya ingin membuatnya bangga dengan apa yang saya usahakan demi memperbaiki diri saya dalam perihal ukhrawi,” kongsinya.
Dalam pada itu, Taufik menambah yang Allah SWT telah memilihnya untuk melakukan perkara-perkara yang baik sepanjang tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbual & Berdoa Ketika Azan Berkumandang, Netizen Tegur Ameera Dengan Noor Kartini - “Doa Nok Gapo Dale Hati”

“Tahun ini, Allah pilih saya untuk berbuat lebih baik. Untuk pertingkatkan ilmu dan nak belajar sebanyak mungkin dari bapa saya dan guru-guru saya. Saya berkongsi di media sosial dengan harapan dapat mengumpul pahala.
“Saya berharap mereka yang tertanya-tanya apa yang saya buat akan terpanggil untuk berbuat yang sama, kerana tidak terlambat untuk sesiapa untuk memperbaiki diri,” tutup Taufik.
Terdahulu, juara Singaporean Idol itu memuat naik gambar dan video beliau melaungkan azan solat Jumaat di media sosial, dengan sahabat dan gurunya, Ustaz Zahil Zakaria, selaku imam.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Taufik bergelar bilal solat Jumaat tetapi kali kedua diberi amanah melaungkan azan di masjid.
Sumber: Berita Harian Singapura

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Viral

Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh, Ustaz Mohon Doakan Yang Baik-Baik!

gempak
07/08/2024
13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.
Berita

Tunai Hajat Anak Nak Tengok Konsert K-Pop, Lelaki Didenda Menyamar Jadi Pengawal Peribadi Keluarga Diraja

gempak
30/07/2024
09:25 MYT
Seorang warga Singapura didenda S$5,000 (RM17,263) gara-gara menyamar sebagai pengawal peribadi puteri dari sebuah Keluarga Diraja
Berita

“Saya Tak Nak Minta Ampun, Saya Minta Hukum Gantung Sampai Mati Sahaja. Terima Kasih” – Lelaki Bunuh Teman Lelaki Isteri

gempak
18/07/2024
00:10 MYT
Didakwa membunuh teman lelaki isterinya 11 tahun lalu, seorang warga Singapura memohon supaya Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya.
Hiburan

Hannah Delisha Lancar Lagu Selepas Keguguran - "Akan Tiba Lagu Motivasi Tentang Harapan & Kekuatan"

gempak
15/07/2024
17:55 MYT
Kali terakhir penyanyi dan pelakon Hannah Delisha muncul dengan single adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah.