gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Beg Tangan Asal Birkin Dilelong RM42 Juta, Catat Rekod Dunia
HIBURAN
Permintaan Peminat Ditunaikan! Siti Nurhaliza Bawakan Lagu Rare di Konsert Violet Skies
HIBURAN
Didakwa Saling 'Unfollow' Di IG, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Masih Kunci Mulut
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Diberi Kenderaan Mewah Jaguar, Ustaz Abdul Somad: “Yang Diharapkan Kiriman Al Fatihah”

Maliah Surip
Maliah Surip
23/05/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
Diberi Kenderaan Mewah Jaguar, Ustaz Abdul Somad: “Yang Diharapkan Kiriman Al Fatihah”
Penceramah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau UAS baru-baru ini menerima hadiah iaitu sebuah kenderaan daripada jenama mewah, Jaguar.
Kenderaan tersebut dihadiahkan oleh seorang usahawan arang dari Binuang, Kalimantan.
UAS diketahui menerima hadiah mewah itu namun kemudian mengumumkan mahu melelong Jaguar tersebut. Hasil lelongan kata UAS mahu digunakan untuk membangun pesantren atau sekolah agama di Banjarbaru.
“Saya terima Jaguar ini. Saya lelong. Hasilnya untuk pesantren Nurul Azhar Banjarbaru,” katanya seperti dilaporkan oleh Viva.co.id.
Selain hasil lelongan kenderaan mewah tersebut, UAS mengatakan duit dari YouTube miliknya juga digunakan untuk sebuah lagi sekolah tahfiz iaitu Quran az-Zahra di Riau.
“Saya mahu semua yang memberi (sedekah) dan yang menerima sama-sama gembira,” katanya lagi.
Malah kata UAS, bukan materi yang diperlukan, tetapi cukup dengan kiriman doa buat bekalannya selepas meninggal dunia.
“Yang paling ku harapkan, kiriman al-Fatihah saat aku mati, jasadku di alam Barzakh. Aku lebih lama di sana daripada di sini. Mudah-mudahan anak-anak yang menghafal Qur'an itu bermanfaat buat ummat dan bangsa, aamiin,” katanya.
Kata UAS, ini bukan pertama kali dia diberi kenderaan mewah. Namun sebelumnya dia memulangkan kembali kepada pemilik semua kenderaan yang diberikan kepadanya.
Topic Berkaitan
#Viral
#Indonesia
#Kereta
#Mewah
#Ustaz Abdul Somad
#Jaguar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement