,
Laman Utama

Dibela Lelaki, Beri Makan Darah Dari Jari Tuan! Ini Fakta Tentang Hantu Polong

Amri Hassan
02/08/2023
15:50 MYT
Kuasa dan harta boleh menjadikan manusia terpesong daripada landasan akidah hingga menyekutukan Allah serta melakukan perbuatan khuraft seperti memuja makhluk halus.
Antara amalan yang khurafat yang diamalkan segelintir individu untuk mendapatkan kuasa adalah membela hantu polong.
Hantu polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang kebiasaannya golongan lelaki dengan tujuan memudaratkan musuh.
Selalunya, hantu polong akan disimpan di dalam sebiji botol kaca dan diberi makan darah dari jadi tuannya.
Semak fakta lain tentang hantu polong:
1. Cara hasilkan polong
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletakkan darah orang yang mati dibunuh ke dalam botol bermulut panjang.
Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu.
Selepas tujuh hari hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol.
2. Beri makan polong
Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan.
Dengan memberi makan darah, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
3. Cara serangan polong
Pada kebiasaannya, polong akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh.
Mangsa polong biasanya boleh dikenali melalui kesan lebam pada mayat dan darah yang keluar melalui mulut mayat tersebut.
Selain untuk menyakiti musuh, hantu polong juga dikatakan boleh digunakan bagi mendapatkan wang. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu tuan polong tersebut akan mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.
4. Polong perlu ada tuan
Hantu polong perlu diwariskan kepada seseorang pengganti sebelum tuannya meninggal dunia sebagai saka. Sekiranya tuannya meninggal sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
5. Cara hindari polong
Salah satu cara untuk menghindari polong adalah dengan mengambil seguni pasir dan lemparkan di tempat sunyi untuk melalaikan polong tersebut.
Dari segi perubatan Islam, bacaan Ayat Kursi digunakan bagi menyembuhkan pesakit dari gangguan jin termasuklah polong.
Dalam perubatan tradisi melayu, polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa.
Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu yang akan menyebabkan polong yang berada di dalam badan mangsa kesakitan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak ampunkan dosa syirik sementara Dia memaafkan dosa-dosa yang lain. Maka sesiapa yang mempersekutukan (syirik) kepada-Nya sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’, ayat 48)
Mereka yang melakukan perbuatan khurafat wajib bertaubat kepada Allah SWT untuk menyelamatkan akidah daripada kekufuran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Hiburan

Siap Bersilat Satu Bilik, Pegang Keris ‘Ghaib’, Janna Nick Kongsi Semula Momen Ashraf Muslim Buang Sakanya - “Saya Tak Percaya..”

gempak
24/08/2024
05:55 MYT
Pelakon, Janna Nick tampil menceritakan semula momen mistik yang dialami dirinya sewaktu ketika dahulu.
Hiburan

Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Zaki Yamani memaklumkan dia mempunyai alasan sendiri mengapa merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya baru-baru ini.
Viral

Seram...Wanita Ini Kongsi Suami Tiba-Tiba Dirasuk Dalam Perjalanan Pergi Berubat

gempak
28/06/2024
23:55 MYT
Seorang wanita berkongsi pengalaman seram apabila suaminya dirasuk semasa dalam perjalanan untuk pergi berubat kerana demam.
Viral

Cium Jin BTS Di Khalayak Ramai, Peminat Berdepan Dakwaan Gangguan Seksual

gempak
15/06/2024
08:55 MYT
Tindakan segelintir peminat wanita yang gagal mengawal diri saat bertemu idolanya, Jin BTS ternyata mengundang padah.