,
Laman Utama

#DiariLockdown: Ramai Rindu Nak 'Food Hunting' Macam Sebelum PKP Dilaksanakan

Awani
19/06/2021
07:45 MYT
Selepas dunia dilanda pandemik, banyak perkara atau perancangan terpaksa ditangguhkan untuk kebaikan masing-masing.
Malah sejak total lockdown dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kemeriahan suasana itu hanya mampu dibayangkan dan dirindui sahaja.
Disebabkan situasi itu juga, pasti ramai yang sudah merindui aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan antaranya ‘food hunting’.
Setiap orang mesti mempunyai kedai makan kegemaran yang sering dikunjungi untuk menikmati makanan dan bersantai bersama keluarga mahupun kenalan rapat.
Bukan itu sahaja, gaya hidup rakyat Malaysia yang gemar makan di luar dan melakukan ‘Food Hunting’ juga berubah apabila kerajaan melaksanakan perintah itu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda perkongsian tempat makan kegemaran sebahagian pengguna media sosial, sebelum wabak virus COVID-19 ini melanda negara.
Untuk mengetahui cerita dan topik menarik sepanjang ‘lockdown’ dilaksanakan, korang boleh klik #DIARILOCKDOWN.
Inisiatif Astro Awani ini membongkar rutin harian insan yang cekal berjuang dan bersikap positif sepanjang menjalani lockdown!
Sekadar info: PKP 3.0 yang bermula 1 Jun 2021 telah dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 28 Jun.
Keputusan itu memberikan nafas lega kepada petugas barisan hadapab namun adakah ia memberi kesan yang sama pada sesetengah lapisan masyarakat?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kisah OKU Berniaga Kek, Dari Spa Ke Nasi Berlauk & Cerita Peniaga Aiskrim, Ikuti Diari Lockdown di Astro Awani

gempak
19/06/2021
07:19 MYT
Sangat inspirasi ya!
Gaya Hidup

Wajib Cuba! Makanan Best & Sedap Di Cameron Highland

gempak
08/07/2020
08:58 MYT
Unitar