,
Laman Utama

Diana Danielle Percaya Anwar Ibrahim Mampu Selesaikan Masalah Ekonomi Negara; “Saya Lihat Perjuangan Beliau Dari Tahun 1980-an ..."

Shahrin Zulkifle
29/11/2022
03:00 MYT

Pelakon Diana Danielle yakin dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu mampu membantu memulihkan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini.

Anwar yang sebelum ini pernah menerima beberapa pengiktirafan sebagai Menteri Kewangan terbaik sekitar tahun 90an, sekali gus membuat Diana bertambah percaya dengan kredibiliti yang ada pada beliau.

Malah, aktres tersebut turut memuji perjuangan yang dibawa Anwar begitu konsisten.

“Saya melihat perjuangan yang dibawa Datuk Seri Anwar dari tahun 1980 hingga sekarang sentiasa konsisten dan perjuangan beliau tetap sama.

“Disebabkan konsisten itu yang buat saya yakin dan timbul kepercayaan dengan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Dulu kita nampak beliau merupakan antara menteri kewangan yang terbaik di Asia dan pernah dinobatkan oleh beberapa pertubuhan luar negara sebagai menteri kewangan terbaik.

“Pada saya Malaysia perlu seseorang yang mampu pulihkan semula masalah kewangan yang sedang di hadapi ketika ini dan Datuk Seri Anwar ialah orang yang dapat pulihkan keadaan tersebut.

“Saya hanya berharap sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, saya tengok keadaan ekonomi yang sekarang semakin surut, maka beliau adalah pemimpin terbaik untuk selesaikan isu berkenaan,” katanya kepada Gempak.

Diana berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Upfront yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu berharap, Anwar mampu menyelesaikan masalah korupsi yang berlaku dalam negara.

“Saya hanya melihat daripada sudut ekonomi, saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Malah untuk katakan seratus peratus perubahan yang positif akan dibawah oleh beliau dan pasukannya, saya tak berani untuk katakan.

“Negara kita sekarang ini memang sedang melalui fasa-fasa yang agak sukar dan mata wang yang tidak stabil. Jadi macam mana nak atasi masalah itu kalau masih wujud unsur-unsur korupsi dan racism.

“Saya harap beliau dapat selesaikan juga masalah korupsi dalam negara ini, supaya negara ini bersih daripada isu-isu atau masalah yang tidak elok,” tambahnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

gempak
06/09/2024
13:25 MYT
Diana Danielle menyatakan rasa puas hati selepas pihak polis menahan seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah pada Jumaat.
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.