,
Hiburan

“Dia Tak Malu Pun Suami Belikan Kereta Second Hand Je” - Netizen Puji Atikah Suhaime, Humble & Sweet

Mya Amri
19/05/2024
07:53 MYT
Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa gembira sebaik sahaja menerima hadiah sebuah kereta terpakai berjenama mewah daripada suami tersayang, Datuk Lokman Teh.

Gembira dapat hadiah kereta terpakai

Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, video pendek itu jelas menunjukkan wajah gembira Atikah sewaktu melihat kereta tersebut.

“Suami saya belikan kereta second hand, alhamdulillah,” coretnya ringkas.

Dalam video itu juga, Atikah turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya atas pemberian penuh bermakna itu walaupun dia tidak mempunyai lesen kereta.
“Yes baby, thank you so much, i love you,” ujarnya sambil memegang tangan suaminya.

Netizen suka, puji Atikah tak sombong

Bagaimanapun perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyatakan rasa kagum kerana Atikah tidak malu untuk berkongsi tentang kereta terpakai yang dimilikinya.
Malah netizen juga memuji sikap Atikah yang sentiasa merendah diri dan bertutur dengan lembut ketika bersama suami.
Antara komen yang diterima adalah:
“Beb dia tak malu weh laki dia beli kereta second hand je? Omg sumpah i adore with you,”
“Alhamdulillah rezeki.. first time tengok artis mention kereta 2nd , tapi gembiranya macam dia dapat kereta baru,”
“Syukur alhamdulillah, direct je cakap second hand tak ada problem pun, still kereta T20 oi,” “Suka dengan Atikah ni, humble dan sangat bersyukur dengan apa yang suami dia bagi,”

BERITA TRENDING: Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”

Untuk rekod, dengan sekali lafaz, Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada Lokman Teh dalam sebuah majlis tertutup pada 21 Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kalau Makan Lauk Melayu Atau Mamak Rasa Macam Nak Muntah" - Atikah Suhaime Kongsi 'Mual Series Mukbang' Makan Western Food, Netizen Speku Hamil?

gempak
15/09/2024
21:55 MYT
Perkongsian pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime menerusi beberapa siri hantaran 'Mual Series Mukbang' di media sosial mengundang pelbagai tanda tanya dan spekulasi warganet.
Hiburan

Hadir Konsert Efek Rumah Kaca, Peminat Bertuah Ada Peluang Dapat Gitar RM2,000

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Band Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK) teruja untuk bertemu peminat menerusi Konsert Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL pada 25 Oktober ini.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Berita

Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

gempak
09/09/2024
09:55 MYT
Padah membenarkan anak berusia 10 tahun memandu kereta, seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Isnin.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.