,
Laman Utama

"Dia Sudah Sedar ..." - Zamani Selamat Jalani Pembedahan Tulang Belakang, Isteri Mohon Beri Ruang Berehat

Shahrin Zulkifle
09/11/2022
04:00 MYT
Selepas 48 jam berada di bawah pemantau doktor, penyanyi Zamani dilaporkan sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang badan yang melengkung akibat penyakit scoliosis di sebuah pusat perubatan di Cheras pada Isnin lalu.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, isteri kepada vokalis kumpulan Slam itu, Juliana Abd Rani melahirkan rasa syukur kerana proses pembedahan suami berjalan dengan selamat.
“Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, Zamani sekarang sudah sedar dan berada di bawah pemantauan doktor di hospital. InshaaAllah dalam proses untuk dipindahkan ke wad biasa”, katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Juliana berkata buat waktu ini dia dan keluarga enggan menerima sebarang kunjungan daripada pihak luar kerana ingin memberi waktu kepada pelantun lagu Gerimis Mengundang itu mendapatkan rehat yang cukup. Malah, dia juga berharap semua pihak dapat memahami keadaan tersebut.
“Kami sekeluarga sangat menghargai keprihatinan semua yang mengambil berat dan bertanya khabar.
“Walaubagaimanapun kami memohon kerjasama dari semua pihak untuk memberi ruang kepada beliau dan keluarga diwaktu ini kerana Zamani masih berada di dalam keadaan lemah dan perlukan banyak rehat.
“Seperti mana yang semua sedia maklum pembedahan yang dijalankan adalah satu pembedahan yang besar maka untuk pulih dan kembali sihat pasti mengambil sedikit masa.
“Atas nasihat doktor Zamani perlu banyak berehat supaya rawatan dan pemulihan terhadap beliau berjalan dengan lancar.
“Kami memohon maaf kerana tidak dapat menerima sebarang tetamu untuk melawat Zamani buat masa ini. Diharap semua dapat memahami keadaan Zamani dan keluarga ketika ini,” tambahnya
Terdahulu, Zamani telah dibawa masuk ke dewan bedah sekitar jam 8 pagi Isnin dan prosedur pembedahan itu memakan masa hampir tujuh jam seperti yang dimaklumkan pakar perubatan.
Difahamkan juga, tempoh pemulihan Zamani akan mengambil masa antara dua hingga enam minggu. Malah, dia turut memerlukan tempoh selama tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum boleh aktif menyanyi semula.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Hiburan

Tak Berani Buat Pembedahan Plastik, Yuni Shara Tegangkan Kulit Leher

gempak
08/09/2024
13:45 MYT
Melihat kepada wajah awet mudanya meski sudah berusia 52 tahun, ramai yang menyangka penyanyi Yuni Shara melakukan pembedahan plastik.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Hiburan

Jenazah Arwah Jay Jay Selamat Dikebumikan, Hattan & Zamani Antara Yang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

gempak
05/08/2024
04:18 MYT
Cuaca redup mengiringi pengebumian jenazah penyanyi terkenal Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus pada pagi Isnin.
Hiburan

Rina Nose Dedah Hasrat Mahu Buat Pembedahan Kosmetik – “Saya Mahu Buat Tapi..”

gempak
12/07/2024
21:55 MYT
Pembedahan kosmetik bagi mencantikkan wajah semakin popular dalam kalangan selebriti.