,
Laman Utama

"Dia Sangat Baik & Lawak" - Penyanyi Rap Umur 13 Tahun Teruja Dapat Jumpa Diva AA, Rakam Lagu SEE MY LEVEL!

Amri Hassan
03/05/2023
06:31 MYT
Dunia hip hop tempatan terus meraih perhatian pencinta muzik tanah air terutama dalam kalangan generasi muda. Tidak terkecuali memeriahkan genre ini adalah bintang hip hop yang kian mencipta nama, Asyraf Nasir.
Selepas muncul dengan single 2PAI (2021) dan Hati Terbaik (2022), Asyraf kini mempertaruhkan sebuah karya yang dijangka akan mengukuhkan lagi nama serta kedudukannya dalam industri iaitu lagu berjudul SEE MY LEVEL.

Lagu SEE MY LEVEL

Asyraf Nasir berkata, lagu hasil ciptaan Shazee Ishak itu mampu menjadi sebuah 'lagu tema' untuk setiap orang yang sudah bertungkus lumus untuk mencapai tahap yang tinggi dalam perjalanan hidup mereka.
“Lagu SEE MY LEVEL adalah lagu untuk mereka yang ada 'standard' yang tinggi, seperti tagline yang dipopularkan oleh Diva AA (Azwan Ali). Kami iaitu saya, Shazee, dan Kowachee bersemuka di dalam studio untuk lebih mengenali apakah perkara yang dialami oleh seorang 13 tahun pada zaman sekarang.
“Di era digital ini mungkin orang zaman sekarang lebih matang dan cepat memahami mengenai pelbagai perkara. Satu benda yang saya sedar, Kowachee sangatlah matang bagi umur dia. Macam bersembang dengan orang 20 tahun.
"Tapi antara perkara yang kita faham sebagai seorang insan yang dah lama dan muda dalam industri hiburan ini, ada masa yang dia rasa tak boleh nak masuk sama pemikiran dengan mereka yang sama umur dengannya,” katanya.

Kowachee cepat belajar

Biarpun masih usia remaja, Asyraf menyifatkan Kowachee seorang penyanyi yang cepat yang ‘tangkap’.
“Kowachee orang yang cepat tangkap. Sebagai orang baru kiranya dalam bidang rap, dia ni memang faham mengenai penyampaian dan 'flow' dalam rap. Kadang-kadang orang dewasa pun tak dapat nak capai pemahaman yang cekap seperti itu.
“Proses rakaman agak seronok sebab penerbit, Shazee seorang yang suka membawa keluar yang terbaik dalam setiap penyanyi, jadi dia memang berkali-kali mintak kita rakam semula. Bagi saya ia bagus, sebab kita cakap mengenai ‘level’ atasan yang berkualiti, maka ia perlu dilihat dalam hasil kita juga,” katanya.

Diva AA turun set

Berkongsi mengenai pengalaman bekerjasama dengan semua pihak yang menjayakan lagu dan video muzik SEE MY LEVEL, Asyraf berkata masing-masing memberikan aura bertenaga.
“Kita saling menjaga tenaga masing-masing. Sebab satu hari padat dengan penggambatan dari awal pagi hingga malam. Saya rasa yang paling memberangsangkan adalah bila kita ada Diva AA datang ke set sebagai penampilan istimewa.
“Sememangnya tuan punya badan bagi tagline 'SEE MY LEVEL' pun berada di set, memang tidak mengecewakan. Aura dia sangat kuat dan sangatlah memukau. Bagi saya dan Kowachee ini satu pengalaman baru sebab kita nak kena samakan tenaga dengan dia,” katanya.

Seronok jumpa Diva AA

Sementara itu, Kowachee mengakui teruja dan paling menantikan lagu SEE MY LEVEL itu kerana dapat bekerjasama dengan Asyraf selain belajar menulis ‘verse’ tersendiri.
“Sesi proses rakaman agak santai. Kami berkomunikasi bersama untuk membina idea. Saya juga dapat belajar sambil menulis lirik sendiri. Semasa proses rakaman lagu, ini pertama kali saya masuk studio. Sebelumnya, saya ada sesi berborak dengan penerbit dan Asyraf Nasir.
“Macam rakaman video muzik pula, alhamdulilah tidak ada pengalaman yang sukar. Semua berjalan dengan lancar. Kru dan pasukan produksi pun sangat menepati waktu. Saya juga dapat jumpa Diva AA dan dia seorang yang sangat baik dan lawak. Apa yang penting kami semua seronok dapat bekerjasama,” katanya.

Cabaran masih bersekolah

Menurut Kowachee, dia berterima kasih dan gembira dapat bekerjasama dengan semua pasukan yang dianggap profesional.
“Bekerja dengan orang yang sangat kreatif dan menyeronokkan dalam video muzik adalah pengalaman yang menarik dan tidak boleh dilupakan. Asyraf seorang yang sangat berkarisma dan ada aura yang gembira, jadi bila bekerja dengan dia proses menjadi seronok.
“Cuma, cabaran saya untuk penggambaran video muzik ini adalah memandangkan saya masih bersekolah, jadi kena asingkan masa sekolah dan Asyraf pun ada projek dia sendiri tetapi kerja berpasukan yang ada membuatkan semunya menjadi nyata dan mudah.
“Apa pun, saya berharap peminat suka, menonton dan mendengar berulang kali lagu SEE MY LEVEL ini. Saya juga berharap dapat banyak maklum balas positif jadi saya boleh menambahbaik untuk lagu lain,” katanya.
Single SEE MY LEVEL boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 3 Mac lalu, muzik lagu SEE MY LEVEL ini telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube Defjam Malaysia pada 10 Mac lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.