HIBURAN
"Dia Penyanyi Berbakat, Saya Suka Suaranya" - Shiha Zikir
Peminat muzik tempatan kini boleh menikmati sebuah karya segar daripada Kay Khydir dan Shiha Zikir menerusi lagu “Ulang”, sebuah lagu berinspirasikan Pop Latin yang catchy dan mudah diterima pendengar Malaysia.
Lagu ini digubah sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves, yang sebelum ini pernah menghasilkan karya-karya berkualiti di Anugerah Juara Lagu.
Kay Khydir Teruja
Bagi Kay Khydir, peluang untuk berduet dengan Shiha Zikir adalah satu pengalaman bermakna."Saya memang suka muzik ala Pop Latin. Tambah istimewa, saya dapat bekerjasama dengan sahabat saya, Shiha Zikir. Ini satu pengalaman luar biasa," ujarnya.
Shiha yang juga merupakan produser eksekutif bagi lagu ini menganggap Kay sebagai penyanyi berbakat besar.
"Kay seorang penyanyi yang berbakat dan saya sendiri sukakan suaranya. Bila saya sudah ada syarikat rakaman sendiri, saya rasa ini masa yang sesuai untuk menghadiahkan Kay lagu yang dia suka," ujarnya.
MV
Video muzik "Ulang" diarahkan oleh Shiha Zikir dan Arul Arifin Baharun, dengan konsep elegan dan berani. Kay turut berkongsi kesungguhannya dalam menjayakan penggambaran ini.“Saya buat persiapan berbulan-bulan untuk mendapatkan berat badan ideal. Kami juga berdepan cabaran cuaca, penggambaran bermula 10 pagi hingga 6 pagi keesokan harinya," katanya.
Bagi Shiha, watak ala Bond Girl dalam video muzik ini memberikan pengalaman baharu, namun dalam lakonan, dia lebih tertarik dengan watak air mata yang boleh menyentuh emosi penonton.
Lagu “Ulang” kini boleh didengari di platform digital dan harapan Kay serta Shiha agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat.
"Harapnya lagu ini boleh terus dimainkan berulang kali dan disukai ramai," ujar Kay.
Must-Watch Video