gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Johnny Depp Cerita Didera Ibu: “Dia Baling Kasut Tinggi, Telefon...”
BERITA
Ulang Tahun Ke-100: Tun Mahathir Ingin Lihat Malaysia Kembali Jadi 'Asian Tiger'
HIBURAN
Ahmad Dhani Berang Anak Perempuan Kena Buli Siber, Ancam Lapor Polis
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Dia Pandai Main Pickleball, Jadi Saya Ajak Dia…” – Niezam Zaidi Jawab Isu Video Tular Bersama Fify Azmi

Umirah Halim
Umirah Halim
10/07/2025
07:53 MYT
Sponsor Banner
“Dia Pandai Main Pickleball, Jadi Saya Ajak Dia…” – Niezam Zaidi Jawab Isu Video Tular Bersama Fify Azmi
Pelakon Niezam Zaidi tampil memberi respons susulan tular video yang memaparkan dirinya bermain sukan ‘pickleball’ bersama pelakon Fify Azmi baru-baru ini.
Menjawab spekulasi hubungan mereka yang kembali hangat diperkatakan, Niezam, 33, menjelaskan bahawa aktiviti itu dilakukan secara santai dalam sebuah acara tertutup dan tidak membawa maksud apa-apa.
“Tidak akan pernah ada kenyataan daripada saya, apa yang dilihat itu adalah seperti manusia biasa… tak salah nak main pickleball untuk beriadah.
“Itu adalah jemputan untuk acara tertutup. Jadi saya rasa dia (Fify) pandai bermain pickleball, jadi saya ajak dia,” katanya kepada Gempak.
Niezam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis Watch Party Drama Dia Bukan Syurga di Studio Village, Sungai Besi pada malam Rabu.
Ditanya mengenai status hubungan mereka, pelakon filem M4M4 itu memilih untuk tidak mengulas lanjut namun mengakui masih mengekalkan hubungan baik.
“No komen. Masih berkawan, doakan yang terbaik,” katanya ringkas.
Dalam pada itu, Niezam tidak menolak kemungkinan dirinya kini lebih berhati-hati dalam berkongsi soal peribadi kerana bimbang menjadi mangsa penyakit ain atau kecaman melampau.
“Mungkin… salah satunya (takut penyakit ain), wallahualam. Tapi saya simpan komen saya. Siapa yang selalu ikuti cerita peribadi saya, tahu sebelum ini saya terlalu bersuara, sampai bila jadi perkara yang tidak terancang, ia makan dalam.
“Saya serahkan segala kepadaNya. Saya belajar daripada pengalaman, pengalaman mematangkan saya,” katanya.
Menjawab sama ada dirinya pernah berdepan individu yang cuba menjatuhkan atau berdengki, Niezam hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik sahaja.
“Wallahualam. Kalau orang nak dengki, saya tak boleh buat apa. Saya doakan dia baik-baik sahaja,” katanya.
Mengenai soal jodoh pula, pelakon berusia 32 tahun itu mengakui dirinya juga menyimpan hasrat untuk berumah tangga apabila sampai masa yang sesuai.
“Insya-Allah. Siapa yang nak status bujang lama-lama? Mesti nak berumah tangga juga. Kita doakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, status hubungan Niezam dan Fify mula menjadi perhatian selepas aktres filem Wira itu mengakui mereka sudah tidak lagi mempunyai hubungan istimewa.
Ketika ditemu bual dengan Gempak sebelum ini, Niezam bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan Fify mahupun berkenaan hubungan mereka.
Sebelum ini, pasangan berkenaan dikhabarkan sedang hangat bercinta dan turut didakwa sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Topic Berkaitan
#Fify Azmi
#Niezam
#Main
#Pickleball
#zaidi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement