,
Laman Utama

"Dia Naif, Tolonglah Tutup Aib Kami" - Ibu Zuher Menangis-Nangis Minta Maaf

Amri Hassan
05/09/2020
04:41 MYT
Ibu kepada remaja lelaki yang bercumbu dengan anak perempuan Nora Ariffin turut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
BACA: Remaja Lelaki Cium Anak Nora Mohon Maaf
BACA: "Saya Mengaku Itu Anak Saya" - Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang
Rayu wanita yang dikenali sebagai Maya itu agar netizen memahami situasi Zuher dan berhenti menghukum keluarganya.
"Mungkin ramai yang tak mengenali saya tapi berdasarkan video yang viral baru-baru ini mungkin ramai yang mengenali Zuher.
"Saya sebagai seorang ibu telah berikan penuh didikan, kasih sayang, tunjuk ajar pada dia. Tak kurang juga ilmu agama dan memenuhi keperluan dia sebagai seorang anak.
"Tapi sebagai seorang manusia kita tak lari daripada melakukan kesilapan. Dia naif, pelajar lagi, dia remaja yang lupa apa yang dia buat itu memberikan impak dan kesan yang sebesar ini.
"Di sini saya nak mohon maaf atas kesilapan anak saya. Saya nak mohon maaf kepada keluarga belah perempuan yang sama-sama malu atas perbuatan ini," katanya.
Maya yang difahamkan bertugas sebagai seorang pendidik memohon netizen untuk menghentikan penyebaran video bercumbu anaknya itu.
"Saya memohon kepada netizen dan warga Internet supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku.
"Tolonglah hentikan tularkan video itu. Saya mohon sangat tutuplah aib anak saya itu. Saya harap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran untuk dia untuk jadi lebih baik pada masa akan datang," tambahnya.
Memohon empati terhadap nasib keluarganya, Maya turut merayu netizen untuk tidak campur tangan dalam urusan keluarganya dan berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.
"Kepada ibu-ibu di luar sana mungkin apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua untuk lebih memberi perhatian kepada anak kita.
"Kita buat yang terbaik untuk mereka supaya perkara begini tidak berulang lagi.
"Kepada Nora sekeluarga saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya minta maaf kerana tak muncul sehingga hari ini, saya baru dapat kekuatan dan bersedia hadapi semua orang.
"Jadi saya harap kepada netizen semua hentikan video itu, ini hal dalaman keluarga bagi kami yang selesaikan.
"Hal ini tak terjadi kepada kalian, kalian boleh kecam komen macam-macam. Tapi kalau jadi pada keluarga kalian baru tahu apa yang kami rasa.
"Jadi saya minta tolong sangat jauh daripada hati saya, tolonglah tutup aib saya," getusnya.
Sebelum ini tular sepotong video memaparkan aksi bercumbu Zuher dan anak gadis Nora Ariffin, Putri Nor Dahlia di media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar