,
Laman Utama

"Dia Menangis, Poopoo Keras & Berdarah" - Anak Sembelit, Dayana Roza Tertekan & Penat

Amri Hassan
26/03/2022
02:50 MYT
Pelakon Dayana Roza mengakui tertekan dan melalui proses 'mental breakdown' apabila anaknya, Astrid Raheeya berdepan masalah sembelit lebih seminggu.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, cerita Dayana, anak perempuannya itu mula berdepan kesukaran untuk membuang air besar dan adakalanya mengalami pendarahan.
"Sah seminggu lebih @astridraheeya poopoo (buang air besar) keras & kadang berdarah. Setiap kali poop mesti dia menangis. Dah tukar diet dia ke high fiber fruits & veggies pun sama.
"Hari Rabu, lepas habis shooting umi call bagitahu Astrid still menangis time poop. Jadi bawanya pergi hospital untuk check. Memang dah plan kalau tak okay jugak nak tukar susu tapi nak mintak pendapat doktor dulu.
"Tiba-tiba doktor cakap perut dia dah keras dan kena x-ray, bila result keluar rupanya poop Astrid dah penuh dan block sampai usus atas.
"Doktor cakap kena warded for blood test, masuk drip & flush poop dia. Ada kes yang teruk sampai baby kena operate sebab dah flush pun tak keluar habis.
"Saya terus seram sejuk dengar dan doa harap after flush terus okay. Tak nak sampai operate, tak sanggup," kongsi Dayana.
Bagaimanapun, Astrid berdepan alergik terhadap ubat antibiotik yang diberikan doktor untuk mencegah jangkitan kuman.
Lebih pilu apabila anaknya seakan-akan trauma apabila melihat jururawat masuk ke dalam wad untuk memantau keadaannya.
"Ketika kena suntik tangan dia untuk drip tu rasa hancur sangat hati tengok dia nangis. Hasil blood test result pulak, memang dah start ada infection dan everyday kena inject antibiotic.
"Pastu Astrid allergic pulak dengan antibiotic tu naik merah macam kena gigit pepijat kat badan dia. Tapi dah okay lepas tukar ubat.
"Dalam sehari tak tahulah berapa kali Astrid nangis kat hospital, dia trauma nampak nurse masuk, menangis merengek je sebab perut tak selesa kot lepas kena flush. Tidur pun tak cukup macam kat rumah.
"Tak sangka sembelit untuk baby boleh sampai macam ni. Kita orang besar ni kalau tak boleh poop minum detox je senang tapi baby tak boleh, dah la tak boleh cakap yang dia sakit ke tak selesa.
"Bila anak sakit memang jadi stress, penat tak cukup tidur semua. Memang mental breakdown bila tengok Astrid macam ni.
"Itu sebab mama bawa semua toys favourite dia, walker bagai. Lantaklah orang cakap macam nak pindah rumah asalkan anak aku happy," tambahnya.
Selepas menerima rawatan, keadaan Astrid semakin stabil dan proses pencernaannya berjalan lancar.
"Alhamdulillah harini Astrid dah nampak okay. Hasil flush pun berjaya, banyak poopoo dan tak keras dah.
"Makan tak payah cakaplah dia sakit ke tak memang sentiasa berselera. Menangis pun dah tak seteruk sebelum-sebelum ni.
"Kalau dia boring ke apa mama cuba sedaya upaya untuk hiburkan dia," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar