,
Hiburan

"Dia Kata Yusoff Takut, Yusoff Takut. Alasan Nak Dekat Dengan Mama" - Shahida Rindu Anak-Anak

Badrul Hashim
06/12/2020
04:30 MYT
Beberapa hari lalu, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi berita dirinya terpaksa membuat kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat adik lelaki dan isterinya yang positif Covid-19.
Baca: Adik Lelaki & Isteri Positif COVID-19, Isteri Aliff Syukri Terpaksa Kuarantin Diri & Buat Swab Test - "Saya Pakai Gelang Tapi Bukan Pink ..."
Shahida yang sedang menjalani kuarantin di rumah mengakui sangat merindui anak-anaknya terutamanya Yusoff yang sering cuba datang ke biliknya.
"Rindu sangat nak dukung anak, nak cium, nak gomol. Paling geram dengan yusoff ni. siap curi-curi datang bilik saya nak masuk.
"Dia kata yusoff takut, yusoff takut. Alasan nak dekat dengan mama dia. Nak minta kek la, mama cantik la, baju mama ada bangau la. Macam-macam akal dia," tulis Shahida pada satu entri di Instagram miliknya.
Shahida berharap anak-anaknya dapat bersabar sementara menanti dia habis baki kuarantin dirinya.
Selain daripada itu, Shahida turut menjawab banyak pertanyaan tentang Instagram milik anaknya Yusoff.
"Kepada yang tanya IG Yusoff, IG Yusoff kena hack. Saya tengah usaha juga nak dapat balik tapi sebab masing-masing kurang mahir la bab-bab I.T. ni.
"Mudahan ada org yang sudi bantu. Saya sayang kenangan Yusoff masa kecil sampai besar. Macam-macam ada kenangan dalam IG tu," tulis Shahida mengingat kembali perkongsian gambar serta video di Instagram Yusoff.
Shahida mendirikan rumah tangga bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan dikurniakan dengan lima orang anak, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Laman Utama

Tak Nak Manjakan Diri, Datin Seri Shahida Keluar Bekerja Selepas Seminggu Bersalin! - "Kena Banyak Gerak Supaya Darah Lancar, Bukan Baring Je"

gempak
17/05/2023
06:41 MYT
Tapi di rumah masih pantang cara betul.
Laman Utama

[VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak

gempak
26/03/2023
14:47 MYT
Sedihnya tengok Farid rindu anak-anak...
Laman Utama

[VIDEO] Rita Rudaini Sebak, Rindu Bila Teringat Anak Minta Check Bacaan Hafazan - “Walaupun Kami Tak Perfect, Tapi…”

gempak
09/12/2022
11:50 MYT
Rita rindu anak
Laman Utama

“Rasa Nak Pecah Dada Teringat Anak” - Baru Bersalin, Aini Sufia Mohon Doakan Anak Cepat Sihat

gempak
27/05/2022
07:14 MYT
Semoga cepat sembuh.