,
Laman Utama

“Dia Datang Lagi..” - Bront Palarae Mengesahkan Filem Pengabdi Setan 2 Communion Akan Kembali Tahun Ini

Azwa Rahman
07/01/2022
12:35 MYT
Pelakon Bront Palarae mencuri perhatian umum apabila berkongsi pengesahan sekuel filem seram Indonesia, Pengabdi Setan 2 Communion.
Menurut Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 43, filem tersebut akan muncul di pawagam dalam tahun ini juga.
“Dia datang lagi. Segera. Tahun ini. Di bioskop (pawagam),” tulis Bront ringkas di ruangan kapsyen.
Ditulis dan diarahkan oleh sutradara terkenal Indonesia, Joko Anwar, dia menjangkakan filem kedua ini lebih hebat daripada filem pertama yang ditayangkan pada tahun 2017.
“Penonton sudah ada expectation mereka, Pengabdi Setan 2 harus lebih gila. Mudah-mudahan jadualnya aman,” kata produser filem, Sunil Samtani kepada CNN Indonesia.
Namun sehingga ke hari ini, Joko masih mengunci rapat tentang sinopsis filem sekuel ini dan barisan pelakon yang akan membintanginya.
Filem Pengabdi Setan yang dibuat semula daripada versi asalnya pada tahun 1980 ini menampilkan pelakon handalan Tara Basro, Bront Palarae, Ayu Laksmi, Endy Arfian, dan Muhammad Adhiyat.
Selain Bront, barisan aktor dan aktres yang lain turut memuat naik hantaran foto yang sama di Instagram masing-masing menandakan filem sekuel ini masih dibintangi pelakon yang sama.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya sudah tidak sabar menantikan garapan seram yang pertama kalinya berjaya menjadi filem pecah panggung di Indonesia dan Malaysia.
“Tak sabar nak tengok Bapak dalam filem ni,” komen seorang wargamaya.
“Finally! Ini yang saya tunggu,” ujar seorang wargamaya.
“Yang dulu pun terngiang-ngiang bunyi loceng. Nope!” kata seorang wargamaya.
“Saya masih shock,” usik seorang wargamaya.
“Bapak akhirnya kembali lagi ke rumah ibu,” tulis seorang wargamaya.
“Haram betoi, dia mai yang nombor 2 pulakkk,” kata seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Benarkah Penantian Siksa Kubur Sudah Berakhir?

gempak
29/05/2024
05:03 MYT
Persoalan peminat di Malaysia untuk tarikh tayangan filem terbaru Joko Anwar, Siksa Kubur (yang diubah tajuk menjadi Siksa) kini terjawab.
Filem

Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

gempak
23/05/2024
08:30 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta sejarahnya apabila menembusi pasaran Indonesia dan dijadualkan tayangannya bermula hari ini, 23 Mei 2024.
Hiburan

MIFFest-7 Lantik Bront Palarae Duta Rasmi & Zizan Razak Lembaga Penasihat, Angkat Tema Uncaged!

gempak
08/03/2024
13:46 MYT
Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-7 (MIFFest) bakal berlangsung pada 21 hingga 28 Julai 2024 dengan mengangkat tema Uncaged.
Laman Utama

"Kena Ikat Dalam Air, Mandi Air Sungai Tempat Buangan Najis" - Uqasha Senrose Kongsi Cabaran Berlakon Sumpahan Jerunei

gempak
14/07/2023
04:45 MYT
Sumpahan Jerunei ditayang pada 27 Julai ini.
Laman Utama

Banyak Babak Aksi, Shooting Dalam Hutan! Bront Palarae Cerita Detik Sukar Berlakon Filem Sumpahan Jerunei - "Saya Terima Tawaran Sebab..."

gempak
07/07/2023
02:50 MYT
Bront Palarae ditawarkan berlakon filem Sumpahan Jerunei pada tahun 2019.