gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Respect Sebab Aina Abdul Tulis Lagu Sendiri, Itu Bukti Dia Berbakat” – Man Bai
VIRAL
Haliza Maysuri Sambut Birthday Ke-48, Sarung Adibusana RM151,100 & Dihadiahkan Motorhome - "Suami Nak Hadiahkan Private Yatch Tapi Saya ..."
BERITA
Sami Diburu Dipercayai Cabul Pelakon Tempatan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Dia Bukan Jenis Kongsi Benda Yang Melukainya…” - Umie Aida Dedah Karakter Sebenar Fattah Amin

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
09/07/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Dia Bukan Jenis Kongsi Benda Yang Melukainya…” - Umie Aida Dedah Karakter Sebenar Fattah Amin
Pelakon Datin Seri Umie Aida mendedahkan karakter sebenar pelakon dan penyanyi Fattah Amin yang dikenalinya.

Pendam & pendiam

Menerusi video yang tular di TIkTok, Umie memberitahu Fattah seorang yang suka memendam perasaan selain pendiam mengikut situasi.

“Karakter Fattah menurut saya… dia seorang yang banyak pendam. Dia jenis suka pendam, easy going… dia ada kelakar dia juga dan pendiam.

“Pendiam itu tengok keadaan la. Tapi dia suka memendam sikit. Dalam kehidupan realiti, dia memang seorang yang memendam,” kongsi Umie.

Tak berkongsi

Pada perkongsian yang sama, Umie turut berkata penyanyi lagu Wanita Terakhir itu lebih gemar menyimpan sendiri perkara yang menyakitinya tanpa berkongsi dengan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kecewa Fattah Amin Tak Hadir Persembahan Sekolah Fatima - “Anak Bukan Priority…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Ada Sebab Tak Dapat Hadir Ke Majlis Persembahan Anak - “I’m So Sorry, Baby…”

Malah Umie memberitahu karakter Fattah itu juga sama seperti aktor Remy Ishak.

“Dia bukan jenis yang kongsi benda yang membuatkan dia terluka atau sakit ke apa. Dia kalau ada apa-apa ke, dia suka simpan sendiri.

“Mungkin lelaki macam itu kot. Sebab Remy pun karakter dia macam itu juga,” ujarnya.
@_fattmira 🥹💙#fattahamin #umieaida #usanita #newzealend #poskadcintadariauckland #doabaikbaik🤲 #amiracleforfattah ♬ Usik - Feby Putri
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Remy Ishak
#Umie Aida
#Karakter
#Pendiam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement