,
Laman Utama

"Dia Bukan Berniat Tak Baik" - Anna Jobling Respon Video Berbalas Cium Meerqeen, Kiky Saputri

Amri Hassan
19/08/2022
02:55 MYT
Pelakon Anna Jobling simpati dengan rakan baiknya, Meerqeen yang mulai dikecam netizen gara-gara sepotong video tular dipercayai seolah-olah 'mencium' pelawak Indonesia, Kiky Saputri.
BACA: Video Cium Dahi Hos Indonesia Tular, Netizen Risau Meerqeen Bakal Dikecam
Anna yang turut berada di lokasi kejadian ketika program hiburan di Indonesia baru-baru ini bersama Meerqeen bagaimanapun mengakui tidak perasan insiden terbabit berlaku sehinggalah pelawak itu memuatnaik video tersebut.
"Saya memang berada di sana ketika itu, tapi saya tidak nampak apa yang mereka lakukan sebab keadaan di sana terlalu ramai.
"Walau bagaimanapun saya simpati dengan Meerqeen sebab dia bukan berniat tidak baik, cuma benda itu nak berlaku dan bukan sesuatu yang buruk. Malah kami mencipta banyak memori manis di sana.
"Kadangkala kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Ditambah pula dengan perasaan teruja sepanjang berada di Indonesia," katanya kepada Gempak.
Anna ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk jamu Mutyara di Puchong, Selangor pada Khamis.
Menurut Anna, biarpun kadangkala sukar mengawal keadaan ketika dikerumi peminat, namun dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati supaya tidak dikecam.
"Ketika berada di Indonesia kebanyakan peminat wanita meminta izin untuk memeluk Meerqeen. Bagi saya itu adalah perkara yang patut dilakukan bagi menghormati dan menjaga batas.
"Namun kadangkala perkara itu terjadi di luar kawalan kerana berlaku dengan cepat dan tak sempat nak berfikir panjang. Ibaratnya tak sempat nak bernafas dan kemudian baru tersedar.
"Tapi saya akan sentiasa mengingatkan diri agar berhati-hati apabila membabitkan soal pergaulan ini sebab tidak mahu menerima kecaman teruk.
"Cuma saya mungkin beruntung sebab majoriti peminat adalah dalam kalangan wanita dan tidak menjadi satu masalah besar," kata Anna yang teruja apabila dilantik sebagai duta produk jamu milik pelakon dan penyanyi Tyra Arifin itu bagi mendidik generasi muda untuk mengamalkan jamu dalam kehidupan seharian.
Terdahulu, Anna dan Meerqeen berkunjung ke Indonesia untuk memenuhi undangan beberapa buah program hiburan serta menghadiri sesi meet & greet bersama peminat di sana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.