,
Viral

"Dia Beri Kucing, Saya Balas Mesin Pancing" - Pasangan Ini Pilih Barang 'Rare' Sebagai Hantaran Tunang

Amri Hassan
10/08/2020
09:30 MYT
Menjadikan haiwan peliharaan sebagai hantaran dalam majlis pertunangan? Ia tidak pelik bagi pasangan Yusmadiella Yuz dan Abdul Qaiyum yang melangsungkan majlis pertunangan di Sarawak pada 2 Ogos lalu.
Kongsi Yusmadiella, 24, kucing yang diberi nama Bijibu Ashley itu dibelinya seminggu sebelum majlis pertunangan mereka.
"Saya sebenarnya memang minat sangat dengan kucing, jadi alang-alang nak bertunang, pasangan saya niat nak berikan kucing sebagai salah satu hantaran.
"Seminggu sebelum majlis dia bawa saya pergi cari dan beli.
"Ketika majlis itu dia tak 'behave' pun duduk dalam dulang itu. Jurugambar pun terpaksa cari banyak sudut sambil nak pastikan dia duduk diam-diam," katanya kepada Gempak.
Kucing baka British Shorthair yang diberi nama Bijibu Ashley itu baru berusia empat bulan dan menjadi salah satu daripada 11 hantaran yang dihantar rombongan lelaki.
Terdahulu, foto-fotonya ketika majlis pertunangan tular di Facebook dan mendapat lebih 800 perkongsian daripada pengguna.
Tambah Yusmadiella, ramai yang terkejut apabila mereka memilih kucing untuk dijadikan hantaran pertunangan.
"Kata tetamu yang datang mereka tak pernah lagi tengok orang bagi hantaran benda hidup seperti kucing di kawasan tempat tinggalnya.
"Mungkin sebab unik dan lain daripada lain. Manalah tahu boleh jadi idea untuk pasangan pencinta kucing lain selepas ini," katanya.
Sementara itu, Yusmadiella pula membalas 13 dulang hantaran kepada pihak lelaki termasuk salah satunya mesin pancing.
"Sebenarnya hantaran-hantaran kami berdasarkan minat yang sama. Sebabkan saya minat kucing, dia bagi hantaran kucing.
"Saya pula balas balik dengan hantaran mesin pancing Abu Garcia sebab dia minat memancing," ceritanya lagi.
Yusmadiella dan pasangan berkenalan sejak di bangku sekolah dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Viral Taman Kucing Klang Didakwa Terabai, MBDK Tampil Beri Penjelasan!

gempak
03/09/2024
04:25 MYT
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti yang tular di media sosial sejak Ahad.
Viral

"Sampai Berlubang & Kena Masuk Wad Buang Air Bisa” - Individu Kongsi Pengalaman Abangnya Digigit Kucing

gempak
27/08/2024
21:55 MYT
Seorang pengguna media sosial berkongsi kisah terkena jangkitan kuman pada bahagian lengan akibat digigit seekor kucing.