HIBURAN
Desas Desus Emma Maembong Sudah Berkahwin, Shikin Maembong Beri Respons - “Saya Doa Yang Terbaik Untuk Adik-Adik Saya”
Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong, menafikan adiknya sudah berkahwin dengan individu dikenali DJ Kidd.
Nafi Emma Dah Nikah
Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur 'Ashikin berkata, berita yang tersebar tidak benar dan dia sendiri tidak pasti didapati dari sumber mana.
"Benda itu memang tak benar langsung sebab kita adik-beradik kalau apapun, kalau dia berkenalan dengan orang yang baru sekalipun, benda pertama dia akan kongsi dengan kami sebab kita memang sangat rapat antara satu sama lain.
"Kalau ada masalah dia akan kongsi terutamanya mengenai hari yang bahagia. Kalau hari bahagia mestilah dia akan sampaikan dekat keluarga dulu minta pendapat," katanya ditemui ketika hadir pada sidang media Karnival Warisan @ Saloma di Saloma Kuala Lumpur, di sini.
Emma Perlu Minta Restu Keluarga
Isteri kepada Cat Farish ini berkata, Emma pasti akan meminta restu ibu bapa dan pastinya terlebih dahulu memaklumkan kepada abang mereka, Bakri.
"Jadi itulah, sebab bila dengar gosip macam ini memang agak terkejut juga sebab memang tiada pun," katanya.
Ditanya berkenaan ayat DJ Kidd yang yang menyebut Emma sebagai isterinya, Shikin menjelaskan tidak tahu perkara sebenar.
"Biasalah, orang kadang-kadang kawan pun, semua boleh cakap begitu tapi buktinya di mana? Kadang-kadang orang berkawan.
"Tak tahulah dia jangka maca mana tapi macam manapun rasanya untuk kata bukti, tak ada. Semestinya saya akan tanya dia apabila ada perkara begini.
"Dia kata memang tak betul, memang tak ada, hanya gosip sahaja. Pada awalnya berita yang macam sebelum ini, memang kita tahu dia berkawan," katanya.
Shikin berkata, pada masa ini dia tidak mendengar berita Emma berkawan atau menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
"Jadi persiapan (kahwin) atau apa memang tak ada. Bila dah ada dan dia bawa jumpa keluarga barulah saya boleh sahkan. Semestinya saya tengok gambar dan video yang tersebar.
"Buka sahaja Instagram akan keluar. Tapi apa yang saya boleh cakap sekarang, agak terkejut juga. Mungkin itu video-video lama masa mereka berkawan. Tapi sekarang ini tak ada dengar pula dia berkawan atau tidak.
"Memang terkejut. Tapi tak tahulah pihak sana apa tujuannya, tapi sebenarnya sekarang nampak Emma sibuk dengan shooting. Tak ada pula dating dan sebagainya. Tak ada pun," katanya.
Shikin memaklumkan bapa mereka, Ismail Embong seorang yang garang. Begitu juga abang mereka.
"Tentulah kalau apa-apa rujuk dengan abang dulu. Dia akan panjangkan pada ayah. Ayah pun ada Facebook. Jadi kemungkinan mungkin berita gosip-gosip begitu dia tahu.
"Samalah macam abang, tak tahu apa-apa tapi kawan-kawan hantar video. Saya sendiri pun tengah berniaga, terkejut tengok video bila kawan-kawan hantar.
"Apapun saya sentiasa doa yang terbaik untuk adik-adik saya. Kalau apa-apa mereka tanya saya, saya cakap tanya diri dulu. Kamu gembira dengan pilihan kamu? Macamanapun kita doakan yang terbaik," katanya.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video