,
Laman Utama

Deposit Bidaan Lelongan Aset Muhammad Sajjad Dinaikkan Dari RM5,000 Kepada RM20,000!

Amri Hassan
22/12/2021
04:25 MYT
Bagi mengelakkan berulangnya pembida menghilangkan diri seperti yang berlaku ketika bidaan lelongan pertama aset usahawan popular Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat baru-baru ini, firma guaman NHA Advocates & Solicitors menaikkan jumlah deposit pembida.
BACA: Aset Sajat Dilelong Untuk Orang Awam Sekali Lagi Pada Rabu Ini, Bawa Wang Biar Cukup!
Menerusi kenyataan yang dikirimkan kepada Gempak, pihak yang ingin membida aset yang dilelong kali kedua aset Sajat pada hari ini (Rabu) perlu membayar deposit serendah RM20,000.
"Merujuk kepada berita mengenai lelongan awam kedua aset Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pada Rabu, 22 Disember 2021, pihak firma guaman NHA Advocates & Solicitors telah diberitahu yang jumlah deposit yang harus dibayar oleh pihak yang ingin membida aset yang dilelong telah dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM20,000.
"Dengan ini, mereka yang berminat untuk membida dinasihatkan membawa wang tunai secukupnya di tempat lelongan di rumah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana hanya wang tunai sahaja yang diterima sebagai deposit.
"Bagi mereka yang berjaya membida asset yang dilelong, dinasihatkan juga membawa wang yang mencukupi atau menyediakan bank draf bagi memastikan bayaran terus dibuat selepas proses pembidaan oleh kerana hanya wang tunai atau bank draf sahaja yang diterima sebagai kaedah pembayaran pada Rabu," maklum kenyataan itu.
BACA: Aset Muhammad Sajjad Yang Disita 2 Minggu Lalu Dilelong Hari Ini! Orang Ramai Boleh Datang Beli Di ...
BACA: "Mati Nanti Akan Tinggal Juga Semua Harta" - Sajat Tak Kisah Aset Kena Lelong, Tak Menangis Meratap Pun
BACA: "Go Sajat Go! Kau Memang Takkan Gagal" - Aliff Syukri Harap Sajat Kuat Tempuh Dugaan
Lelongan berkenaan dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar seperti diarahkan mahkamah kepada Nurwati Husin dan Mohamed Syakir Hussin daripada OWA Resources Sdn. Bhd. yang merupakan bekas stokis utama usahawan tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.