,
Laman Utama

“Dengar Bisikan Suara…”- Tular Cubaan Bunuh Diri, Bomba Terpaksa….

Gempak
12/05/2022
07:30 MYT
Semalam tular sebuah video yang menunjukkan seorang gadis yang dipercayai cuba terjun dari tingkat lima sebuah pasar raya di Seksyen 7, Shah Alam.
Gadis itu bagaimana pun telah diselamatkan oleh pengawal keselamatan dengan kerjasama anggota bomba dan penyelamat.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba yang menerima panggilan pada jam 6.04 petang, tiba di lokasi pada jam lapan minit kemudian.
"Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati gadis berumur 19 tahun berada di tingkat lima pasar raya terbabit dan cuba terjun.
"Pengawal keselamatan dan pasukan bomba mengambil masa 30 minit memujuk mangsa agar tidak bertindak demikian. Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Norazam berkata, berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperolehi, mangsa yang juga warga tempatan adalah pekerja swasta di Kem Rimba Seksyen 16.
"Menurut penyelianya, mangsa banyak mendiamkan diri. Sejak pagi, dia tidak makan dan mendakwa ada mendengar bisikan suara menyuruhnya ke bangunan pasar raya itu.
"Penyelia memaklumkan mangsa sedang menerima rawatan kemurungan," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat mangsa pernah bertindak mengelar dan melukakan tangan sendiri.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 30 saat memaparkan seorang gadis berada di tingkat lima pasar raya terbabit.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gadis 19 Tahun Antara 36 Individu Dicekup, Sindiket Persundalan Swinger Tumpas!

gempak
01/09/2024
02:19 MYT
Sebuah sindiket pelacuran yang menyediakan kegiatan seks bebas secara berkumpulan buat 147,000 pelanggan berjaya ditumpaskan pihak polis baru-baru ini dengan penahanan 36 individu, termasuk penjawat awam.
Hiburan

KLP48 Dianggotai 13 Gadis Muda & Lincah, Sambung Legasi Kumpulan Idola Jepun AKB48!

gempak
28/07/2024
15:03 MYT
KLP48, kumpulan baharu yang berpangkalan di Kuala Lumpur diumumkan sebagai generasi pertama kepada kumpulan idola Jepun AKB48.
Berita

Gadis Mukbang Maut Akibat Makan Berlebihan

gempak
21/07/2024
13:55 MYT
Seorang bekas pelayan restoran maut akibat makan berlebihan selepas melakukan penstriman langsung mukbang, yang dalam bahasa Korea bermaksud makan dalam kuantiti yang banyak.
Hiburan

Hilang Arah Selepas Ditamatkan Perkhidmatan Di Stesen Radio, Fizie Pernah Terfikir Nak Akhiri Nyawa Sendiri - “Aku Hampir Terjun, Nasib Baik Allah Hantar…”

gempak
19/07/2024
00:55 MYT
Penyampai radio Fizie tidak menyangka segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan sepenuhnya kepada kerja selama 10 tahun tidak dihargai apabila dia diberhentikan serta merta di sebuah stesen radio pada Julai 2021.
Viral

Pilih Hotel Mewah Di Bangkok, Enggan Staf Bancuh Teh, Wanita Racun 5 Rakan Sebelum Bunuh Diri

gempak
18/07/2024
18:40 MYT
Seorang wanita berusia 56 tahun ditemui maut bersama lima rakan di bilik sebuah hotel mewah di Bangkok, Thailand dalam satu insiden yang menggemparkan.