HIBURAN
Den Manjo Teruja Menyanyi Lagu Raya Mana Versi Kelantan Bersama Nabila Razali - “Kolaborasi Ini Istimewa Untuk Saya…”
Penyanyi yang terkenal di Pantai Timur iaitu Den Manjo akui berasa teruja dan gembira kerana diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Nabila Razali menerusi lagi raya berjudul Raya Mana versi Kelantan.
Senang bekerjasama dengan Nabila
Menurut Den, bekerja dengan Nabila sangat mudah kerana dia merupakan seorang yang sangat peramah dan senang bertolak ansur.“Bermulanya daripada mesej, datang ke studio, menyanyi, semuanya dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.“Sejujurnya saya berasa bangga kerana menjadi antara penyanyi Kelantan yang pertama dapat duet bersama Nabila Razali. “Nabila merupakan seorang yang sangat mudah dan senang untuk bekerjasama, orang Kelantan kata mudoh kiro.
Den berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman Gempak Jam Session Raya bertempat di Sora Studio baru-baru ini.
Lagu raya istimewa
Dalam pada itu, Den juga berkata lagu raya ini merupakan sesuatu yang amat istimewa buat dirinya.“Insya-Allah, kalau ada rezeki mana tahu saya boleh bekerjasama lagi dengan Nabila atau bersama artis lain,” ujarnya.“Pada saya kolaborasi ini sangat istimewa buat diri saya, lagu ini merupakan projek terbesar untuk saya. “Saya juga berasa berbesar hati kerana dapat melepasi ‘crowd’ dari Kelantan dan mengembangkan lagi lagu itu selain bekerjasama dengan Nabila Razali.
Terdahulu, di sebelah Pantai Timur, Den Manjo Eda tergolong antara penyanyi paling top di kalangan penggemar lagu dialek atau loghat Kelantan.
Den bersama pasangan duetnya Eda Ezrin terkenal dengan lagu ‘Cinta Setandan Pisang’ ciptaan komposer tenama Eddie Hamid dan lirik dihasilkan oleh Mama Ana dan Fadhil Turbo terbitan Kijang Music.
Must-Watch Video