gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bapa Enam Anak 'Kahwin Lari' Dengan Bakal Menantu
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Wanns Ahmad, Bella, Halida Ramlee Gagal Mara Ke Pentas Seterusnya
BERITA
Demi Wang Rawatan Dialisis Ibu, Lelaki Sanggup Rompak Bank
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Demi Wang Rawatan Dialisis Ibu, Lelaki Sanggup Rompak Bank

gempak
Asyraf Roslan
22/06/2025
15:55 MYT
Sponsor Banner
Demi Wang Rawatan Dialisis Ibu, Lelaki Sanggup Rompak Bank

Seorang pengawal keselamatan Thailand berjaya menangkap seorang pencuri bersenjatakan pisau yang cuba merompak sebuah bank di Buriram pada Jumaat, lapor portal berita Thaiger.

Anggota-anggota polis bergegas ke Bank Koperasi Pertanian dan Pertanian, cawangan Nonsuwan selepas menerima maklumat tentang cubaan merompak.

Sejurus tiba, mereka mendapati suspek yang berumur berumur 38 sudah ditangkap oleh pengawal keselamatan itu dan kakitangan bank lain.

Pengawal keselamatan itu, Somphop Chansiri, 59, memberitahu stesen televisyen Channel 8 bahawa dia mula curiga apabila suspek memasuki bank dengan memakai topi dan pelitup muka.

Somphop menghampiri dan memintanya menanggalkan topeng itu dan memerhatikan pergerakannya.

Pengawal itu berkata bahawa dia menolak suspek keluar dari bank dan bergelut dengannya selama kira-kira 10 minit sehingga kakitangan bank lain turut membantu.

Mereka kemudian merampas senjata suspek dan menunggu polis tiba.

Suspek mendakwa bahawa dia bertindak kerana memerlukan wang untuk ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang.

Menurut lelaki itu, dia memerlukan 20,000 baht (RM2,599) untuk rawatan dialisis setiap minggu menyebabkannya merancang melakukan rompakan.

Sumber: Kosmo

Topic Berkaitan
#Pencuri
#Rompak
#Bank
#Dialisis Ibu
#Wang Rawatan
Must-Watch Video