,
Hiburan

Demi Konsert 5 Divo, Hafiz Suip Ambil Kelas Vokal

Ahmad Shah
08/01/2016
07:30 MYT
Penyanyi Hafiz Suip akui mengambil kelas vokal sebagai persiapannya untuk Konsert 5 Divo akan berlangsung pada 13 Februari depan.
Menurut Hafiz, dia bukanlah seorang yang sempurna dan masih lagi memerlukan bimbingan untuk memperbaiki mutu nyanyiannya.
“Untuk konsert ini saya kembali belajar vokal dengan cikgu Shafi untuk memperbetulkan teknik nyanyian.
“Tambahan pula saya akan berdepan dengan Hazama, Judika, Afgan dan Taufik Batisah di mana mereka boleh dikatakan antara penyanyi yang mempunyai vokal terbaik.
“Siapalah saya jika nak dibandingkan dengan mereka, oleh itu saya ambil inisiatif untuk masuk kelas vokal sebagai langkah persediaan.
“Lagipun tak salah untuk terus belajar, sekurang-kurangnya dapat memperbaiki kelemahan dan juga teknik vokal dengan betul,” katanya kepada Astro Gempak.
Hafiz juga turut memberitahu walaupun agak gementar untuk berkongsi pentas bersama Judika, Afgan dan Taufik namun peluang keemasan seperti ini tidak akan disia-siakan.
“Ini merupakan pengalaman baru dan saya juga berterima kasih kepada pihak penganjur kerana beri peluang dan meletakkan kepercayaan kepada saya untuk turut serta dalam konsert 5 divo.
“Konsert ini juga agak berlainan kerana kami akan menyanyikan lagu artis yang terlibat dan bukannya lagu sendiri.
“Ia juga merupakan cabaran besar buat diri saya kerana jika menyanyikan lagu sendiri kita sudah tahu selok-belok lagu itu. Tetapi kalau menyanyi lagu orang, kita harus belajar dan mendalami lagu tersebut terlebih dahulu.
“Bukan senang untuk berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan mereka. Saya sendiri teruja dan tak dapat nak bayangkan apa yang akan terjadi sewaktu konsert itu berlangsung.” ujarnya.
Konsert 5 Divo bakal menyaksikan gabungan penyanyi terkenal tiga buah negara iaitu Hafiz (Malaysia), Hazama (Malaysia), Afgan (Indonesia), Judika (Indonesia) dan Taufik Batisah (Singapura) membuat persembahan di bawah pimpinan pengarah muzik, Datuk Ramli MS.
Konsert anjuran syarikat Laugh Out Loud Entertainment yang mendapat kerjasama daripada Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu akan berlangsung pada 13 Februari 2016.
Tiket telah pun dijual pada 28 Disember 2015 dan boleh dibeli menerusi www.ticketpro.com.my.
Harga-harga tiket yang ditawarkan adalah RM 1188, RM988, RM888, RM588, RM388, RM188 dan RM128.
Teks Oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”

gempak
17/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip sebelum ini bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
Hiburan

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

gempak
10/09/2024
04:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel mencuri perhatian warganet di media sosial.
Hiburan

Isu Gaduh Atas Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik

gempak
08/09/2024
10:48 MYT
Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis memerintahkan Hafiz Suip dan dua lelaki lain untuk menjalani bon menjaga keamanan akibat bergaduh di tempat awam, minggu lalu.
Viral

Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan Driver Lain, Muka Kena Sembur ‘Pepper Spray’

gempak
30/08/2024
12:18 MYT
Tular sebuah rakaman video yang memaparkan penyanyi Hafiz Suip bergaduh dengan seoranng pengguna jalan raya lain, baru-baru ini.
Hiburan

Anggap Hafiz Suip Penyanyi Profesional, Ajai Terbuka Untuk Bantu Naikkan Nama Semula - “Orang Kata Dia Ada Masalah Tapi…”

gempak
07/08/2024
03:55 MYT
Kemunculan penyanyi Hafiz Suip yang menyanyikan lagu Ku Akui di konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu lalu di Mega Star Arena, Kuala Lumpur sememangnya mengubat kerinduan peminat.