,
Laman Utama

Demi Cinta, Lelaki Sanggup Curi Peti Sejuk, Mesin Basuh Sebab Nak Bayar Ansuran Motor Kekasih

Izwan Isa
14/07/2023
02:50 MYT
Seorang lelaki di Langsa, Aceh, ditahan polis kerana dipercayai mencuri peti sejuk dan mesin basuh di sebuah rumah, gara-gara mahu membantu membayar duit ansuran kekasihnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Langsa Timur, Iptu Aulia Budiman, kejadian berlaku di sebuah rumah di Desa Meurandeh Tengoh, Kecamatan Langsa Lama, Kota Langsa pada Sabtu lalu.
“Suspek mengaku melakukan pencurian kerana memerlukan wang untuk membayar balik ansuran motor kekasihnya,” kata Aulia.
Difahamkan, suspek memasuki rumah tersebut ketika penghuninya melawat suaminya yang berada di hospital.
Menurut Aulia lagi, suspek dan mangsa tinggal di kampung yang sama. Keluarga mangsa juga maklum kejadian kecurian itu selepas melihat peti sejuk dan mesin basuh di rumah berkenaan hilang.
Mangsa kemudian membuat laporan ke Polsek Langsa Timur dan suspek ditangkap di rumahnya pada petang Isnin. Identiti suspek dikesan kerana kejadian berkenaan dirakam oleh CCTV.
“Pendedahan kes kecurian mengambil masa tidak sampai lapan jam dari tarikh kes dilaporkan,” jelas Aulia lagi.
Suspek dan bukti kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langsa Timur. Polis didakwa dengan Perkara 363 Kanun Jenayah berhubung kecurian.
BACA: Rumah Mewah RM186 Juta David Beckham Kena Rompak Ketika Semua Nyenyak Tidur, Pencuri Bertopeng Berjaya Larikan...
BACA: 'Orang Minyak Bogel' Pecah Rumah, Larikan Wang Tunai Cetus Kerisauan Netizen
Sumber: DetikSumut
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.