,
Laman Utama

"Demi Anak-Anak" - Diana Danielle Bakal Jalani Pemeriksaan Kesihatan Mental

Asraf Aided
26/11/2021
08:58 MYT
Baru-baru ini, aktres jelita Diana Danielle berkongsi akan berjumpa pakar kesihatan mental pada tarikh hari lahirnya, 22 November lalu.
Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Twitter miliknya ekoran mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kesihatan mental dari segi tumpuan (ADD atau ADHD).
Bagaimanapun menurut Diana, dia terpaksa menunda tarikh temujanji tersebut pada 29 November ini kerana sibuk meraikan sambutan hari lahir anak bongsunya, Nur Aurora.
"Disebabkan saya terpaksa tukarkan sambutan hari lahir anak saya ke tarikh hari lahir saya pada 22 November baru-baru ini, saya tak boleh berjumpa doktor pada hari berkenaan. Hari lahir anak saya pada 19 November tapi kawan-kawan dia tak boleh datang hari itu.
"Bagaimanapun, saya akan pergi membuat penilaian dengan pakar psikiatri pada 29 haribulan ini," katanya kepada Gempak.
Diana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran platform wayang atas talian, Film Wallet Premium On Demand di pusat beli belah Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada Khamis.
Kata Diana, orang ramai harus mempunyai kesedaran diri yang tinggi mengenai kesihatan mental.
"Perkara macam ini, kita kena ada kesedaran diri, saya tahu ramai orang sebenarnya takut nak jujur dengan diri sendiri, tanda-tanda ADHD ini bukanlah susah untuk kita kenal, ramai yang ada tapi mereka tak tahu.
"Saya suka baca tentang perkara ini, jadi saya terdedah dengan fakta-fakta yang saya boleh guna dan kaitkan dengan diri saya. Saya syak tentang perkara ini sejak saya remaja lagi, tapi ambil masa yang lama untuk jujur dengan diri sendiri," katanya lagi.
Mengulas lanjut tentang simptom yang dialami, Diana sering mengalami gangguan tumpuan dan mudah beralih dari satu perbuatan ke yang lain selain selalu kehilangan barang miliknya.
Justeru, Diana ingin membuat pemeriksaan lanjut bukan sahaj untuk dirinya, tapi demi anak-anak tersayang.
"Saya memang alami masalah fokus yang lari atau berubah-ubah, saya mahu buat satu perkara kemudian beralih kepada perkara lain, jadi saya kesian kepada anak-anak saya. Antara simptom yang saya alami, kadang-kadang saya alami masalah memori, mudah kehilangan barang yang saya miliki dan macam-macam lagi.
"Kiranya saya ke depan mahu membuat pemeriksaan ini bukan untuk diri saya semata-mata, semangat itu datang dari anak-anak saya kerana saya mahu menumpukan perhatian yang penuh kepada mereka. "Macam manapun, ADHD ini bukanlah tak boleh dirawat, ada cara untuk merawatnya dan saya pun tak terlalu risau mengenainya," jelasnya.
Tambah isteri kepada aktor Farid Kamil itu, dia masih menyimpan harapan yang sebenarnya dia tidak menghidap ADHD.
"Kalau boleh saya harap saya tak mengalami ADHD, sekarang saya tak kata saya mengalaminya kerana belum disahkan oleh doktor, apa yang saya boleh cakap, saya rasa saya mungkin mengalaminya.
"Jadi, harap-harap 29 November ini doktor cakap saya tak mengalami ADHD dan hanya tak cukup tidur, tapi kalau saya mengalaminya pun saya takkan salahkan diri sendiri dan terima sahaja," katanya menutup bicara.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

gempak
06/09/2024
13:25 MYT
Diana Danielle menyatakan rasa puas hati selepas pihak polis menahan seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah pada Jumaat.
Hiburan

Farid Kamil Lalui Fasa Bahagia Selepas Rujuk, Tolak Dakwaan Jadi Pasangan Contoh - “Apa Yang Kami Buat Adalah Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin”

gempak
06/07/2024
00:59 MYT
Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya kini lebih bahagia selepas kembali rujuk dan memulakan lembaran baharu bersama isteri tercinta, aktres, Diana Danielle.
Hiburan

Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

gempak
27/06/2024
11:55 MYT
Pelakon Farid Kamil menceritakan pengalamannya pertama kali bekerjasama bersama isteri, Diana Danielle dalam satu filem berjudul Baran.
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Farid Kamil Mahu Anak-Anak Aktif Sukan Sejak Usia Kecil

gempak
21/06/2024
06:55 MYT
Pelakon Farid Kamil mahu anak-anaknya terdedah dengan aktiviti sukan di usia muda untuk perkembangan minda dan fizikal.