,
Hiburan

Delegasi Jururawat Malaysia Bakal Buat Laporan Polis, Dakwa Kenyataan Linda Rafar Berbaur Fitnah

Amri Hassan
02/04/2019
01:53 MYT
Kemelut antara selebriti Linda Rafar dan Delegasi Jururawat Malaysia (Delegation of Nurses) masih belum berkesudahan.
Persatuan terbabit menerusi satu kenyataan media memaklumkan kenyataan Linda menerusi sebuah artikel tidak benar.
Baca: "Saya Dah Berikan Peluang Kepada Mereka Untuk Memohon Maaf" - Linda Rafar Tuntut Ganti Rugi RM2 Juta
Malah, Delegasi Jururawat Malaysia menafikan pihak mereka berhasrat untuk memulakan tindakan guaman hingga ingin menuntut wang RM1 juta daripada Linda.
"Pihak Persatuan ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan selebriti terbabit di dalam artikel berita tersebut adalah TIDAK BENAR di mana pihak persatuan tidak pernah berhasrat untuk memulakan sebarang tindakan guaman sehingga ingin menuntut wang RM1 juta terhadap selebriti berkenaan. "Sebaliknya, selebriti tersebut yang telah menuntut wang sebanyak RM2 juta dari pihak Persatuan menerusi notis tuntutan tersebut.
"Dan pihak Persatuan juga tidak pernah dihubungi atau dijemput bagi mengadakan sebarang perbincangan oleh selebriti berkenaan atau wakil-wakilnya sepanjang masa sebelum penerimaan surat notis tuntutan tersebut," tulis kenyataan media yang dimuatkan di laman Facebook rasmi Delegation of Nurses pada 30 Mac lalu.
Tambah persatuan berkenaan, laporan polis bakal dibuat dalam masa terdekat berikutan kenyataan yang berbaur fitnah.
"Pihak Persatuan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat atas tuduhan-tuduhan selebriti berkenaan dalam artikel di Harian Metro tersebut kerana ianya berunsur fitnah," tambah mereka.
Minggu lalu, Linda memaklumkan peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM2 juta daripada Delegasi Jururawat Malaysia kerana menjejaskan reputasinya.
Sebelum itu Linda menuntut lebih 100 individu membuat permohonan maaf terbuka menerusi media sosial atau berdepan saman daripadanya.
Kemelut tercetus apabila ada pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam pada Disember lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar