,
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

Gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Anak perempuan kepada usahawan dan pelawak popular Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra,11, pernah berdepan detik cemas apabila hilang di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Hilang Di Tengah Kota

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
“Dulu Dekta pun pernah hilang.
“Sekali dengan kita rasa lega dapat berita ni (kes hilang Albertine Leo). Bila tengok kes kehilangan budak ni, teringat dulu masa Dekta umur 3 ke 4 tahun.

“Hilang di tengah KL. Sekelip mata saja. Dalam beberapa saat hilang dari pandangan,” kongsinya.

Ternyata dengan kejadian tersebut membuat Shuib dan isteri yang juga penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ketika itu sangat bimbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketagih Main Permainan ‘Mesin’, Shuib Pernah Kerugian Puluhan Ribu & Dikepung Gangster - “Bila Aku Berhenti, Duit Bukan Kata Boleh Simpan, Malah Makin…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa

Shuib, Siti Sarah Panik

Namun bersyukur apabila Talita berjaya ditemui semula oleh datuknya berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT).
“Ya Allah masatu perasaan jangan cakap la, Daddy Dekta pun sampai kelu lidah tak terkata. Terlalu takut.

“Ibu Dekta lagi la, terlalu risau, tambah pula tu satu-satunya anak perempuan.

“Kami cari merata tempat dan Alhamdulillah dalam masa tak sampai 1 jam dah jumpa.
“Kami berpecah masa tu untuk cari Dekta, Atok yang jumpa Dekta, berdekatan dengan Stesen LRT,” kongsinya lagi.
Di akhir perkongsian tersebut, turut disampaikan pesanan agar semua ibu bapa sentiasa waspada dan tidak sesekali leka.
“Kami faham sangat perasaan orang-orang yang kehilangan anak ni. Gelap dunia jadinya.

“Zaman sekarang ni terlalu bahaya, tak boleh leka walau sesaat.

“Awasi dan pantau la anak-anak, tak kira yang masih kecil atau besar,” tutupnya.
Terdahulu, kes kehilangan orang terutamanya membabitkan kanak-kanak menjadi tumpuan masyarakat sejak kebelakangan ini.
Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwau Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Berakhir Dengan Tragis & Kekal Misteri Hingga Kini… Ini Kes Kanak-Kanak Hilang Yang Pernah Gemparkan Negara

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka Hilang, Budak 10 Tahun Rupanya Berjalan Ke Pusat Beli Belah

ARTIKEL BERKAITAN: Leo Jia Hui Ditemui Selamat!

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Kes Hilang, Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak 27 Jun

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Hilang Di KLIA2 Rupa-Rupanya Ada Dalam Pesawat

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.