,
Laman Utama

“Dekat Dunia Ni Seronoklah Sebar Fitnah” - Hafreez Adam

Mya Amri
09/06/2023
00:45 MYT
Pelakon, Hafreez Adam tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah laman blog yang menyiarkan berita palsu dengan memaklumkan dirinya sudah meninggal dunia.
Menurut Hafreez, walaupun ramai menyarankan untuk berbuat demikian namun dia enggan membazirkan wang dan tenaga.
“Saya rasa itu merugikan dari segi tenaga dan banyak masa, duit yang akan dibazirkan untuk orang yang otak dia dah tanam tu.
“Saya percaya Allah Maha adil. Saya anggap ini ujian untuk saya juga. Kepada si pelaku itu, biarlah Allah S.W.T sahaja tentukan hukuman dia.
“Secara jujurnya saya rasa mereka hanya mengejar traffic sebab sekarang ini itu semua boleh menjana duit dengan menggunakan internet dan sosial media.
“Mungkin dengan cara macam ini, lebih mudah dan cepat tarik orang ramai untuk klik dan kongsi posting mereka,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Ditanya mengenai reaksi keluarganya mengenai berita palsu itu, Hafreez berkata mereka semuanya berasa sedih.
“Saya terus beritahu keluarga saya awal-awal mengenai berita tersebut dan jelaskan pada mereka itu adalah berita palsu.
“Keluarga saya juga sebenarnya berasa agak sedih dengan artikel palsu yang diterbitkan oleh blog berkenaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hafreez juga menasihatkan pihak yang suka memfitnah tanpa asal usul ini supaya beringat kerana hukuman di akhirat lebih berat.
“Carilah benda lain yang bagus untuk dilakukan. Dekat dunia ini, seronoklah sebar fitnah dan segala apa selagi boleh jana pendapatan serta perhatian .
“Mata dan hati mereka hanya nampak perkara itu sahaja. Tetapi jangan lupa, hukuman di akhirat lebih berat.
“Tak akan tenang dan terlepas selagi tidak minta maaf pada tuan badan yang difitnah itu,” ulasnya.
But jangan lupa, hukuman after life ni berat. Tak akan gelang/terlepas selagi tak minta maaf pada tuan badan yang di fitnah tu.
Dalam perkembangan lain, Hafreez baharu selesai menjalani penggambaran drama untuk dua telemovie.
Hafreez kini menjalani penggambaran drama bersiri baharu selain sibuk dengan perniagaan jenama pakaiannya iaitu Minimal By HA.
Hafreez juga turut mempromosikan promosi filem terbaru lakonannya berjudul, Jemputan Ke Neraka yang akan mula ditayangkan di panggung seluruh Malaysia bermula 22 Jun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Marissa Minta Netizen Jaga Hal Sendiri - "Bersyukurlah Aib Kita Allah Masih Jaga"

gempak
29/08/2024
23:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Marissa Dania meminta netizen untuk berhenti membuat sebarang spekulasi mengenainya sehingga boleh mengundang fitnah.
Hiburan

Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”

gempak
19/08/2024
01:55 MYT
Lagi sekali ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi paparan skrin sebuah artikel yang menuduhnya menghina bekas menantu, penyanyi Bella Astillah.
Hiburan

Mahu Perjuangkan Hak, Puteri Sarah Liyana Teruskan Saman Fitnah & Pecah Amanah Terhadap Bekas Pekerja - “Sebab Saya Di Pihak Yang Benar, Nak Dapatkan…”

gempak
01/08/2024
07:05 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tetap berkeras mahu meneruskan tindakan  undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira.
Viral

Kecoh Video Lama Jadi Bahan Fitnah Masyarakat Dunia Terhadap Agama, Netizen Desak Usahawan Tampil Perjelas

gempak
28/07/2024
08:25 MYT
Menerusi muat naik di platform X, tular beberapa rakaman yang memaparkan beberapa aksi kurang senang jemaah lelaki yang dikatakan menggugat keselamatan jemaah wanita di Masjidil Haram.
Hiburan

Berita Kehamilan Dicemari Dengan Fitnah Tak Bayar Gaji Staf, Intan Najuwa Tampil Pertahankan Diri - “Mess With Me & You Will Regret It!”

gempak
18/07/2024
23:55 MYT
Baru sahaja berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertamanya, pelakon Datin Intan Najuwa diserang oleh individu tidak dikenali yang mendakwa aktres itu tidak membayar gaji pekerja.