,
Laman Utama

Deddy Corbuzier Mohon Maaf Undang Pasangan Homoseksual Ke Siaran Podcast - "Saya Melihat Mereka Sebagai Manusia"

Amri Hassan
12/05/2022
13:55 MYT
Pengacara popular Indonesia, Deddy Corbuzier menuai kritikan netizen apabila menjemput pasangan homoseksual yang tular di media sosial baru-baru ini sebagai tetamu undangannya dalam podcast siaran YouTube.
Bantahan turut disuarakan oleh Ketua Majlis Ulama Indonesia Bidang Dakwah dan Ukhuwah, Cholil Nafis yang menyifatkan ketidaknormalan (amalan homoseksual) harus diubati.
"Saya masih menganggap LGBT itu ketidaknormalan yang harus diubati bukan dibiarkan dengan dalih toleransi," katanya.
Malah, Cholil dalam ciapannya memberitahu naluri suka sesama jantina bukan bawaan dari lahir dan berharap agar orang ramai memahami bahawa Islam melarang LGBT.
"Meski itu bawaan lahir, bukan itu kudratnya. Manusia normal adalah lelaki berpasangan dengan perempuan, begitu juga sebaliknya," tambahnya.
Justeru, Deddy tampil membuat permohonan maaf dan telah memadamkan video podcast wawancara terbabit dari media sosialnya.
"Seperti biasa ketika gaduh di media sosial, saya minta maaf. Kebetulan masih dalam bulan Syawal.
"Sejak awal saya bilang tidak mendukung kegiatan LGBT. Saya hanya melihat mereka sebagai manusia. Hanya membuka fakta bahawa mereka ada di sekitar kita dan saya peribadinya rasa tidak berhak menghakimi mereka.
"Mereka menyimpang, saya faham. Dan saya tak mendukung hal itu. Tapi fenomera itu nyata ada ada. Itu yang saya bahas.
"Saya turunkan video. Tapi saya masih percaya mereka adalah manusia. Harap mereka akan mencari jalan kebenaran," tulisnya.
Dalam masa sama, Deddy menafikan laporan mendakwa dia telah kehilangan 8 juta pengikut di Instagramnya gara-gara video podcast berkenaan.
"Tidak, tidak. Pengikut saya tidak seperti yang anda sangkakan. Tidak suka, tidak ada masalah.
"Yang menyebarkan cerita palsu itu yang lucu," katanya yang masih mempunyai lebih 11 juta pengikut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.