Hiburan
Dayang Nurfaizah Terkejut Album Terbaharu Dah ‘Leaked’ Sebelum Tarikh Rasmi - “Saya Harap Yang Dah Dengar, Keep It To Youself For Now”
Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui dia berasa terkejut apabila mengetahui albumnya yang berjudul ‘Janji’ sudah dikeluarkan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.
Ambil secara positif
Terkejut hingga tak terkata, Dayang bagaimanapun tetap meluahkan rasa gembira dan menganggap apa yang berlaku secara positif.
“Saya bangun, dah saya sangat terkejut di mana ada masalah teknikal… jadi, album Janji bocor lebih awal dari tarikh yang sudah dirancang dan ditetapkan.
“Saya sangat terjejutlah, sampai tak terkata. Tapi dalam pada masa, saya rasa happy sebab semua posiitif, saya anggp apa terjadi secara positif,” kongsinya.
Tarikh rasmi
Berterima kasih atas komen yang positif, Dayang berharap peminat dapat bersama-sama menunggu untuk mendengar albumnya pada tarikh rasmi.
“Saya happy juga kepada peminat yang sempat terdengar the whole albuma… ada yang dah dengar berulang kali. Saya nak ucapkan terima kasih sebab beri komen positif.
“Alhamdulillah maklum balas dari peminat saya hargai dan sangat bermakna untuk saya. Tapi saya harap kepada yang dah dengar, please keep it to yoursellf fow now.
ARTIKEL BERKAITAN: Lemah Lagu Pertama Dayang Nurfaizah Dari Album Janji - "Lagu Ini Banyak Makna Bagi Saya"
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sihat” - Tampil Cengkung Sejak Akhir-Akhir Ini, Dayang Nurfaizah Akui Tidak Amal Diet Ekstrem
“Kita tunggu tarikh rasmi supaya kita semua dapat enjoy bersama-sama album Janji. Saya juga ada pengumuman istimewa, kena stay tune, saya percaya ia sesuatu yang berbaloi untuk peminat,” ujarnya.
Must-Watch Video