,
Laman Utama

“Datuk Seri Najib Tidak Seceria Seperti Dulu” - Peguam

Gempak
14/09/2022
22:50 MYT
“Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seceria seperti sebelum ini,” kata peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.
Semasa prosiding kes di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, peguam utama bekas Perdana Menteri itu berkata, sikap anak guamnya tidak seperti sebelum dirujukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan bagi masalah tekanan darah tingginya.
Beliau berkata, Najib mempunyai sejarah penyakit ulser dan ia menjadi semakin teruk sejak tiga bulan yang lalu.
Menurutnya, Najib tidak menyedari penyakit dalam perut itu mula serius dan hanya mengadu rasa tidak selesa.
“Hasil pemeriksaan mendapati, tahap sel darah merahnya juga sangat rendah, beliau umpama bom jangka.
“Selepas dimasukkan ke HKL Isnin lalu, mukanya kemerahan, nampak agak teruk,” katanya kepada Sinar Harian.
Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Najib Dapat Pengampunan, Bebas Pada Tahun 2028

gempak
02/02/2024
08:26 MYT
Spekulasi mengenai pembebasan awal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Presiden UMNO itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028
Laman Utama

Nazir Razak Nikahi Pengasas Kosmetik Yati Zainuddin - "Kami Pernah Berkawan Ketika Belajar Di UK, Takdir Mempertemukan Semula ..."

gempak
18/11/2023
00:56 MYT
Sekalung tahniah!
Laman Utama

Sambut Kelahiran Cahaya Mata Ketiga Pada Tarikh Bapa Dihukum Penjara, Anak Najib Razak Mohon…

gempak
24/08/2023
00:50 MYT
Ini pesanan Yana Najib
Laman Utama

Yana Najib Balik Pekan, Rindu Perjuangan Ayah - "Daddy Beritahu Kalau Berniat ..."

gempak
07/11/2022
00:00 MYT
Yana Najwa rindu Najib Razak
Laman Utama

Najib Dihantar Ke Hospital Rehabilitasi Cheras Untuk Rawatan

gempak
21/09/2022
08:52 MYT
Akan dipantau lanjut.