,
Laman Utama

Datang Untuk Bergambar, Polis Halau Orang Ramai Di Stesen Minyak Tular, Genting Highlands - “Menyusahkan Orang Nak Isi Minyak”

Azwa Rahman
17/02/2022
06:40 MYT
Gara-gara dikerumi orang ramai yang mahu bergambar, pemilik stesen minyak yang tular di Genting Highlands terpaksa menghubungi pihak polis untuk meleraikan puluhan kereta yang berada di kawasan tersebut.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang dikenali sebagai AmmaRawr memuat naik sebuah video memaparkan kehadiran sebuah kereta peronda polis di stesen minyak berkenaan.
Difahamkan, pemilik stesen minyak Petrom itu terpaksa hubungi polis selepas kehadiran orang yang datang untuk bergambar sehingga menyusahkan mereka yang mahu mengisi minyak.
@ammarawr_ #ad Kena halau ? #fyp #ad #xyzbca ♬ bunyi asal - Nies?
Menerusi perkongsian itu lagi, kelihatan sebuah kereta polis berada di stesen minyak terbabit bagi mengawal kehadiran puluhan kereta yang berada di situ.
Terdahulu, minyak itu terletak yang di Genting Highlands itu menjadi tular di media sosial kerana mempunyai unsur pencahayaan cantik selain berkabus ketika waktu malam.
Berikutan itu, orang ramai sering berkumpul di situ pada waktu malam bagi mengambil gambar sekaligus menyebabkan berlakunya kesesakan terutamanya pada cuti hujung minggu.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna TikTok menyelar tindakan orang ramai yang berkumpul semata-mata untuk bergambar di situ dan mengganggu pengguna jalan raya khususnya ketika mahu mengisi minyak serta menggunakan tandas.
@johan johan:Menyusahkan orang isi minyak, semata nak selfie.”
@Pak Man:Hah baguihhhh…. Punya la susah nak buh minyak sebab ramai sangat duk buat ramai tang ni.”
@ZAM ARDY :Kalau takat ambik 2, 3 second takpelah. Ni kalau boleh memang ambik nak bagi puas hati. Lagi jenis hipster. Selagi tak puas hati. Ambikk.”
@KingPin:orang nak isi minyak… Ape ke semak la petrol station jadi tempat ambik gambar.”
@୧ ɯıυɐ ıɯυıpɐ ୨:ugh finally! Tau dak abang aku nak gi isi minyak haritu sebelum balik, kitaorang beratur panjang ingatkan orang nak isi minyak juga, tau-tau yang lain just nah singgah untuk bergambar.”
@madsyaddd??:hahahaah macam takdak tempat lain nak bergambar aduh sedih.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 600,000 tontonan daripada warga TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.