BERITA
Darsa Fried Chicken Puncak Alam Mohon Maaf Laung Azan Maghrib 3 Minit Awal
Darsa Fried Chicken (DFC) Puncak Alam memohon maaf kepada pelanggannya susulan kesilapan laungan azan maghrib.
Mohon maaf azan awal
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 7.26 malam, 17 Mac sedangkan waktu sebenar di kawasan Kuala Selangor adalah pada pukul 7.29 malam.Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan di Facebook pada Jumaat, pihaknya mengambil maklum bahawa kesilapan itu telah menyebabkan pelanggan mereka berbuka puasa lebih awal dari waktu sepatutnya.
“Sehubungan itu, kami menasihatkan pelanggan yang telah berbuka pada waktu tersebut untuk menggantikan (qada) puasa bagi mematuhi hukum syarak,” jelasnya.“Kami dengan penuh rasa tanggungjawab memohon maaf atas kekhilafan ini dan amat menghargai kesedaran serta keprihatinan pelanggan yang telah memaklumkan perkara ini kepada kami.
Pastikan kejadian tidak berulang
Pihak pengurusan juga telah mengambil langkah pembetulan bagi memastikan perkara itu tidak berulang, termasuk menyemak dan menyelaraskan waktu azan dengan jadual rasmi solat.Memo tersebut telah dimuat naik menerusi Facebook Darsa Fried Chicken pada 19 Mac lalu dan kemudian dikongsikan semula pada hari ini.“Kami menghargai kepercayaan anda terhadap Darsa Punca Alam dan berkomitmen untuk memberikan pengalaman terbaik kepada semua pelanggan. “Segala kesulitan amat dikesali dan kami berterima kasih atas pemahaman serta sokongan anda,” maklum kenyataan itu.
Must-Watch Video