,
Laman Utama

#DariPandanganZulAriffin: Saya Selalu Letakkan Diri Saya Hanya Sebagai Pelakon

Zul Ariffin
11/06/2021
04:50 MYT
Assalamualaikum dan salam perkenalan untuk satu ruangan baru di Astro Gempak. Peluang yang saya anggap baik untuk mengenali sedikit sisi saya daripada pelbagai sudut pandangan. Mungkin lebih baik saya mulakan dengan perkara yang sangat dekat dengan diri saya iaitu lakonan.
Sebagai seorang pelakon kita perlukan tahap ketahanan yang tinggi. Endurance sebagai seorang pelakon. Ketika muda, saya ingin mengetahui banyak perkara tetapi mungkin ada yang tidak begitu penting. Apabila sudah lama, kita tahu tentang the game in the industry, and we are mentally prepared. Terlalu banyak proses menunggu dan kita perlukan tahap ketahanan yang tinggi.
Apatah lagi jika seseorang pelakon itu sudah berkahwin dan mempunyai anak, ditambah pula dengan lain-lain tanggungjawab peribadi, ketahanan yang tinggi itu sangat penting. Mungkin ada segelintir pelakon di luar sana yang sebenarnya terlepas pandang perkara ini. Antara Action dan Cut kita perlukan skill set, dah habis kita perlukan kekuatan mental untuk melalui kehidupan yang lainnya.
Ramai orang ingat bergelar pelakon adalah satu perkara yang mudah, dan masing-masing ada agenda dan objektif sendiri. Tidak kira apapun niat anda, anda tidak boleh terlepas dengan berjam-jam berada di set.
Saya suka tengok hasil kerja pelakon-pelakon. Tidak kira tempatan atau luar negara, kita perlu tengok hasil kerja semua orang. Bila kita jumpa dengan orang tu, kita akan lebih tengok kepada stail dan commitmen mereka. Saya suka hasil kerja Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein tetapi saya tidak boleh idolakan mereka. Kerana apabila suatu hari nanti kita dapat peluang berlakon bersama, akan timbul rasa segan dan sebagainya yang membuatkan kita sukar untuk memberikan yang terbaik. Tetapi saya tetap admirer kerja mereka.
Saya suka bekerja dengan senior-senior saya, kerana saya rasa seperti mula-mula berlakon, biarpun saya sudah lama juga berlakon mereka membuatkan saya ingin melakukan lebih baik. Berbanding dengan berlakon dengan pelakon-pelakon baru, saya akan jadi lebih tegas. Segelintirnya (bukan semua) bila saya berlakon dengan pelakon baru mereka berasa terlalu selesa, sedangkan ini adalah kerjaya kita jadi kita perlu fokus.
Kalau bertanyakan tentang idola, memang saya tidak ada. Tapi kalau saya perlu pilih, saya boleh katakan saya suka lakonan Datuk Rosyam Nor dalam filem ini, ini, ini. Saya suka lakonan Abang Faizal Hussein dalam filem ini, ini, ini. Saya suka lakonan Leonardo Decaprio dalam filem ini, ini, ini. Saya suka menonton filem sebelum saya mula berlakon lagi.
Saya belajar berlakon juga daripada filem yang saya tonton melalui DVD, menonton wayang dan TV. Sekarang ini, lagi banyak filem yang kita boleh tonton dengan adanya pelbagai kemudahan. Lagi banyak saya tengok, lagi banyak saya belajar. Kita kena ada banyak rujukan daripada cerita-cerita tempatan dan juga luar negara.
Saya selalu letakkan diri saya sebagai seorang pelakon. Mungkin di luar sana ada orang panggil saya selebriti, artis dan sebagainya, tetapi saya letakkan diri saya sebagai seorang pelakon. Saya masuk set, saya akan berdiri di posisi yang diperlukan, mengadap kamera, mengikut arahan pengarah dan sebagainya dan itulah saya sebagai aktor. Orang bayar gaji saya sebagai pelakon. Di luar daripada lakonan, itu adalah bonus.
Saya ambil masa lima enam tahun untuk orang di luar sana kenal saya sebagai pelakon atau popular dan sebagainya. Tetapi lima enam tahun itu adalah pengalaman yang paling menyeronokkan berbanding dengan selepas dikenali kerana selepas popular fokus kita ke sini dan ke sana, tetapi sebelum itu saya hanya ingin berlakon. Saya gembira kerana saya hanya ingin berlakon.
Tidak kira sampai bilapun di masa akan datang, saya akan terus menganggap diri saya sebagai pelakon dan ini pekerjaan yang saya buat. Saya tidak menganggap diri saya selebriti mahupun popular atau movie star kerana ianya hanya akan mengganggu persembahan dan lakonan saya. Bila masuk set kita terlupa untuk tinggalkan ego kita di luar dan masuk dengan ego sekali di dalam set dan ianya merbahaya.
Ada ketika ia berguna, tetapi terlalu banyak buruk daripada baiknya. Ianya akan mengganggu kolaborasi saya bukan sahaja dengan pelakon-pelakon lain, tetapi juga dengan kru dan semua, dan ianya tidak bagus. Kita mungkin boleh memberikan lakonan yang baik dan komited tetapi pada masa yang sama kita tidak mesra dengan yang lain. Perkara itu kita kena ingatkan diri kita setiap masa, dan itu yang saya lakukan.
Inilah serba sedikit pandangan saya tentang dunia lakonan melalui pengalaman sendiri. Sehingga jumpa lagi.
Zul Ariffin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar